terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 19, 2010

"Baby dah buka bra ke belum?"


TERKEJUT seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan apabila membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit milik seorang pelajar yang dirampas di sekolah, baru-baru ini.

"Baby dah buka bra ke belum?" adalah SMS pertama diikuti SMS kedua yang bertulis "Kalau dah buka bra jgn lupa buka spender, mcm mana nak masuk..."

Itulah antara dua mesej yang dihantar oleh pelajar lelaki tingkatan empat di sekolah itu yang ditemui dalam telefon bimbitnya.

Mesej itu dihantar kepada teman wanitanya, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya usia dengannya tapi bukan dari sekolah itu. Pelajar lelaki itu telah dikenakan tindakan oleh sekolah atas dua kesalahan iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah selain menyimpan mesej yang berbaur lucah.

Adakah ini menjadi satu kebanggaan buat kita? Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sepatutnya belajar bersungguh-sungguh menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tahun depan, menghantar mesej sedemikian rupa kepada teman sebayanya.

Walaupun bukan semua pelajar seperti pelajar lelaki yang 'matang cepat' itu, setidak-tidaknya ia membuka minda bahawa remaja di Malaysia kini kian terdedah kepada pergaulan terbuka tanpa batasan, seterusnya mampu menjurus ke arah perbuatan maksiat - zina, hamil anak luar nikah dan buang atau bunuh bayi.

Mereka begitu banyak dihidangkan dengan hiburan berunsur seks, gambar-gambar seksi sama ada di majalah-majalah, televisyen ataupun yang terbaru kemudahan Internet.

Pelajar kini boleh membuka 'YouTube' untuk mencari aksi-aksi lucah tempatan dan luar negara. Mereka boleh melihat aksi remaja Melayu berbogel yang dirakamkan menerusi telefon bimbit lalu dihantar ke laman itu.

Sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi remaja di Malaysia untuk terbuka mendapat pengetahuan mengenai seks.

Tanpa Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) sekalipun yang kini diperkenalkan di sekolah-sekolah, ramai pelajar kita yang lebih arif tentang hal-hal berkaitan seksualiti.

Kita sepatutnya bimbang dengan senario ini. Pelajar menyalahgunakan pengetahuan mereka tentang seks untuk jalan yang tidak sepatutnya.

Sebagai bukti, lihat apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 19 tahun.

Bayi lelaki itu yang dipercayai mati kemudian ditanam di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.

Penyakit sosial seperti buang bayi ini dilihat semakin parah. Tidak mustahil ia berpunca daripada pengaruh-pengaruh negatif berunsur seks yang kini mendominasi jiwa para remaja.

Sikap ingin mencuba tanpa mengetahui kesan yang bakal dihadapi juga membuatkan remaja kini semakin banyak terlibat dalam kes buang bayi.

Di sinilah letaknya tanggungjawab kerajaan untuk bersama-sama pihak guru dan ibu bapa mendidik anak-anak bangsa supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkembangan kemajuan masa kini.

Bagi ibu bapa pula, janganlah pula hanya meletakkan beban mengajar anak-anak ini di bahu guru. Sesekali, jengoklah telefon bimbit mereka, dan lihatlah apa kandungan SMS yang dihantar kepada rakan sebayanya.

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

10 comments:

  1. Rata2 ibu bapa jangan terkejut dengan apa perubahan murid2 mengenai sek malah perbuatan sek itu sendiri. Saya sebagai bapa kadang2 ada juga kekesalan dalam hal ini. Nak disalahkan guru 100 peratus mustahil, nak salah ibubapa 100 peratus jika tak boleh.

    Walau pun terlalu banyak media dalam dunia global sekarang..setiap kita memang ada tanggungjawab masing2. Tika zaman kita dahulu kalau nak dilihat dari saiz murid2 perempuan saya kira lebih jauh beza malah terdapat ramai juga guru2 muda yang berkawin mau pun ada affair dengan murtid2 mereka sendiri.

    Beza guru2 zaman dahulu dan sekarang amat jauh sekali.....komitmen guru2 terdahulu lebih baik jika dibandingkan dengan guru2 masa kini, dari segi tanggungjawab terhadap murid2 mereka sendiri pun jelas kelihatan jelas.

    Saya terasa amat malas untuk berbicara tentang guru dahulu dan kini . Guru zaman dahulu kebanyakkanya 100% menyokong keraja demi masa depan anak2 Melayu khasnya, zaman sekarang saya berani mengatakan 65 % menyokong pembangkang walau pun mereka2 ini mendapat imbuhan yang agak lumaya dari kerjaan (beri dan buat lah apa pun merreka ini sudah taksub dengan parti mereka)....habis bagaimana dalam mendidik anak2 kita untuk menjadi pemimpin terdapat guru2 yang BERPURA-PURA sedemikian rupa. Kadang2 saya juga tertanya2 apa sebenarnya yang mereka ini mau.......

    ReplyDelete
  2. dulu masa tok nenek kita untong, asal baligh jer dah boleh nikah then menikmati lazatnya berfakap tak macam kini penuh dengan fitnah

    ReplyDelete
  3. anonymous , anak ni baru belasan tahun kan? rasanya tak payahlah menyibuk beri pendapat coz dangkal sesangat apa yang diutarakan. Pergi baca buku dan lulus peperiksaan ngan cemerlang dahulu ye.

    ReplyDelete
  4. akm. aiikkk kata tak nak komen guru, tapi nampak mcm menghentam guru. satu jari menuding ke org lain, ada 4 jari lagi menuding ke muka sendiri. Dalam hal masalah sosial yang dihebohkan tak habis-habis hari ini, adalah berpunca kita tidak mahu mengambil Islam sepenuhnya untuk mendidik anak-anak kita. Baik di sekolah, dirumah atau media massa. Apabila kita tidak ambil Islam keseluruhannya, inilah akibatnya. Habis masa kita menuding jari menuduh oragn lain tanpa kita melihat terlebih dahulu diri kita dan keluarga kita. Kebanyakan umat Islam hari ini mengambil Islam tidak menyeluruh dalam kehidupan mereka. Lihat sahaja bab sembahyang. Kajian Dr Fadilah Kamsah, 80% umat Islam Malaysia tidak cukup sembahyang 5 waktu. itu baru bab sembahyang, belum lagi bab yang lain. Maka itu hisab lah diri kita sendiri sebelum di hisap di akhirat nanti. Didiklah anak-anak dengan cara Islam dari segi Ilmu pengetahuan, pergaulan, ibadat khususiah dan lain-lain. Jangan mudah menyalahkan orang lain. Selalulah berjamaah di masjid. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  5. anon4.40pm, janganlah menyalahkan guru yang menyokong pembangkang dalam isu keruntuhan moral remaja masakini. menyalahkan orang lain memang mudah!

    ReplyDelete
  6. apa la anoy atas ni..apa pulak kaitan masalah sosial dgn guru2 yg menyokong pembangkang??..

    ReplyDelete
  7. to anon 4.40pm

    segala-galanya bermula dari rumah..kalau baik rumahnya..maka baiklah anak-anak itu..guru2 skrg ni dah x boleh buat mcm guru2 zaman dulu..kita cubit ckit, mak bapak dtg serang kita kat sekolah..bila budak2 terjebak dgn masalah sosial, mak bapak salahkan guru2 yg tidak pandai mendidik..itulah masalah sekarang..semuanya berpunca dari rumah..jgn nak salahkan cikgu2 saja..

    ReplyDelete
  8. budak2 skang itu je la yang diorang tau..tak kire..dak pandai ke tak pandai..sama je...dah gatal tu gatal jugak...tapi ada gak yang baik2..cam aku la.. ehehehehe

    ReplyDelete
  9. mak bapak perlu faham tugas guru dan tugas mereka sndiri..kewajipan itu adalah pada ayah dan ibu..tak macam dulu kalau kena rotan disekolah, balik kena rotan double ngan abah..skrg ni siap la cikgu yg nak kena rotan pulak..pastu bila anak jadi jahat, guru jugak disalahkan..

    ReplyDelete
  10. mak bapak sibuk mengejar duniawi..lupa tanggungjawab memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak..itulah punca masalah sosial muda mudi sekarang ini..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...