terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 20, 2010

Betulkah strategi kita ketika menentang China

KEKALAHAN kita kepada China lebih kepada strategi sebenarnya tanpa menafikan langsung bahawa pemain kita sudah tua.

Wong Choon Han kalah semua permainan sejak peringkat kumpulan kepada Jepun dan suku akhir kepada Denmark.

Jurulatih Malaysia seharusnya sedar bahawa Choon Han tetap akan kalah kepada Chen Jin perseorangan kedua China. Kenapa tidak menurunkan Choon Han sebagai perseorangan pertama bertemu Lin Dan?

Datuk Lee Chong Wei kita turunkan sebagai perseorangan kedua iaitu perlawanan ketiga dan mendapatkan mata pertama untuk Malaysia. Pada masa yang sama kita masih boleh melambatkan pesta kemenangan China dan sekurang-kurangnya kita tidak kalah 3-0.

Beregu pertama kita juga sepatutnya kita turunkan sebagai beregu kedua dan beregu kedua sebagai beregu pertama.

Jika Chong Wei sebagai perseorangan kedua sudah memberikan kita kedudukan 1-2, sudah tentu beregu pertama Malaysia yang turun sebagai beregu kedua akan bersemangat untuk menyamakan kedudukan.

Dan jika kedudukan sudah menjadi 2-2, terserahlah kepada Hafiz untuk menumbangkan Bao Chun Lai dengan bantuan penonton yang ketika itu sudah tentu akan bersorak habis- habisan untuk melemahkan mental pemain lawan.

RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI

Markas Logistik Udara TUDM

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...