terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 24, 2010

Cuepacs tidak bela semua kategori penjawat awam


AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat perlu melepasi RM48,000 dan sebagai permulaan semakan gaji dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata, ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

Apakah sebenarnya hala tuju perjuangan Cuepacs. Saya rasa Cuepacs patut ditukar nama kepada ‘Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kategori Kumpulan Sokongan.’

Selama ini Cuepacs tidak mewakili semua kategori penjawat awam. Jika kumpulan sokongan menerima gaji minimum RM1,500, apakah gaji permulaan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan dinaikkan kepada RM3,000. Saya harap Presiden Cuepacs dapat menjawabnya.

WONG KHOO LA,
Kulai, Johor

2 comments:

  1. inilah apa yang dinamakan iri hati sebenarnya kakitangan pengurusan lebih banyak bersyukur kerana mereka mempunyai banyak elaun yank tidak deperoleh oleh kumpulan sokongan ,antaranya elaun keraian.. nama je elaun keraian tetapi duit tu salah guna tak rai orang pun ..kalu nak rai orang claim duit lain,,, elaun khidmat awam pengurusan lain lebih tinggi padahal kumpulan sokongan sama2 kerja,, elaun rumah lain pengurusan lebih tingi kenapa perlu iri hati ,,,kau irang ni jenis langsung tak bersyukur langsung la...kalu kumpulan sokongan nak naik sikit kecoh semua tv nak ambik kalu elaun-elaun pengurusan tertinggi naik semua wat tak tahu je.. yang kaya nak lagi kaya...ha x tau la nak cakap apa lagi ...gaji nak kerja tak buat yang banyak buat kerja orang bawahan jugak ,,kalu kena tanggap rasuah pun orang bawahan jugak..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Biarlah adil kalau nak membela pun.

    Sekian.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...