terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 7, 2010

Dalam Islam ada judi halal ke?: Kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia


KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

“Ada minat di kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu kita meneliti perkara ini atau kita akan berdepan dengan masalah ramai menjadi bookie Piala Dunia.

“Ada beberapa perkara yang perlu dikaji, sama ada ia perkara yang baik untuk kerajaan atau kita perlu cuba mengawal kegiatan itu supaya kita tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kali terakhir kerajaan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti pertaruhan sukan adalah pada tahun 1980-an tetapi syarikat itu memutuskan untuk menghentikannya kerana tidak memberi keuntungan.
Awang Adek bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.

Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.

Isu pertaruhan sukan dibangkitkan oleh Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

- wahai tuan senator...dalam islam semua judi haram..mana ada judi halal..tuan menteri..yg haram tetap haram...mana buleh timbang2 ikut perkiraaan manusia..

3 comments:

  1. ada...klau itu menanmbahkan pendapatan negara & bayar zakat...kata islam hadari umco..

    ReplyDelete
  2. “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, memuja berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, semuanya adalah perbuatan kotor (keji) dari amalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah 5: 90)

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...