terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 20, 2010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak..tapi rasa macam tak adil je!!!


Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

- semak la semua kakitangan..jgn la berpilih2..kakitangan rendah, tinggi semuanya penyumbang pada organisasi..asyik2 semuanya kakitangan sokongan jer..tau la sape presiden cuepac..jgn sampai org lain naik meluat..logikkah naikkan gaji semua kumpulan sokongan jadi minimum RM 3,400 sebulan?

10 comments:

  1. banyak yg tak logik, gaji ijazah dgn spm lebih kurang je.....................sengal betul

    ReplyDelete
  2. ye laa..saudara omar presiden cuepacs..jn lupa masa pemilihan presiden ramai dari semua kumpulan pilih tuan. Jadi jangan tinggalkan kawan-kawan kita tu..

    ReplyDelete
  3. Logik2...yg kena surcharge apa2 pun kakitangan sokongon..yg hadap SPRM,balai polis pun kakitangan sokongan..pasal yg profesional...byk guna SILA...so ok la 2..xkan nak gelabah...mesti yg profesional pun dpt kenaikan jgk la...

    ReplyDelete
  4. xkan admin tapis gak komen pedas kot

    ReplyDelete
  5. dan ingat juga, cakap2 dan kempen P&P lebih diterima pakai oleh sedara mara dan org kampung!

    ReplyDelete
  6. Golongan pesara kerajaan macam mana..?

    ReplyDelete
  7. bagus naikkan gaji..tapi biar le adil. Pikir2 le golongan yg lepasan ijazah. Kalu gaji SPM beza dlm 100 @ 200 je ngan gaji Ijazah apa faedahnya. Dah le kena berkorban 6 tahun lepas spm utk cari ilmu(korban masa n duit tu jgn kira la), keluar u keja blm pasti, hutang pasti menunggu (al maklum PTPN)...sebln plg kurang 200 dah sure byr hutang ptpn...akibatnya sama je la ngan gaji ngan spm. Sekali fikir dr segi material memang tak bebaloi masuk u...kesimpulannya padanlah masyarakat malaysia tak minat membaca n tuntut ilmu, kerana mereka yg berilmu dan berusaha menuntut ilmu tak diberi pengiktirafan material yg sepatutnya. Buktinya kes ni la. Bukti lain, dulu bising gomen galakkan org gomen especially cikgu buat MA, dah struggle study, satu sen gaji tak dinaikkan. Pelik Malaysia ni, sentiasa mrk yg berusaha rugi. Bayar saman awal xda diskaun, lambat bayar n byk saman diskaun 50%, cepat buat/tukar ic tak dpt masuk peraduan, lambat tukar layak menang perodua...byk betoi benda pelik malaysia ni...berlaku adillah wahai manusia...LETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA...

    ReplyDelete
  8. mmg tak adil.. budak ijazah belajar kena bayar ptptn, tanggung utang sampai pencen.. budak spm gitu je.. lebih baik besok takyah suruh anak belajar tinggi-tinggi.. dah gaji spm ngan ijazah nak sama..kurang-kurang budak spm takde utang ptptn..

    ReplyDelete
  9. YANG BAWAH TERUS NAIK...YANG ATAS PUN MMG DAH GAJI BESAR. YG TENGAH2 NI TETAP TERSEPIT. NI LA NASIB PEGAWAI GRED 41 & 44. NAMA JE PEGAWAI, GAJI MCM SOKONGAN JGK.

    ReplyDelete
  10. tp.... kalo dg41 ni.... nak bg keje lebih sikit... lebih lah ngomelnye....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...