terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 31, 2010

Hapuskan dulu cukai kereta yang berganda2..


PENULIS ingin memberi pandangan mengenai cadangan kerajaan mengurangkan subsidi. Kita juga dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan akan jatuh bankrap pada tahun 2019 jika tiada tindakan bagi mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Greece.

Sebelum mengurangkan subsidi, kerajaan perlu membuat satu kajian teliti di atas keperluan rakyat.

Beberapa perbandingan dibuat dengan beberapa buah negara bagi menguatkan hujah mengurangkan subsidi.

Perbandingan dibuat semata-mata bagi menguatkan hujah dan tidak secara mendalam.

Contohnya, kita dibandingkan dengan Somalia mengenai harga minyak. Perlu diingat Somalia ialah sebuah negara yang majoriti rakyatnya miskin dan hanya sebilangan kecil hidup mewah.

Walaupun Somalia mempunyai minyak tetapi ia dibolot oleh segelintir rakyat. Bagi yang miskin, mereka tidak ada keperluan membeli minyak dan bagi yang kaya pula, ia tidak menjadi beban langsung.

Rakyat Malaysia pula majoritinya terdiri daripada golongan menengah dan bawah yang kebanyakannya pula mempunyai kenderaan seperti kereta dan motosikal. Jadi membandingkan Somalia dengan Malaysia samalah seperti membandingkan buah epal dengan buah jambu.

Penulis mengambil contoh keperluan seharian rakyat negara ini dengan beberapa buah negara maju. Ini kerana kita ada wawasan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2010.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, hasil keputusan penyiasatan perbelanjaan isi rumah, rakyat Malaysia membelanjakan lebih kurang 31.4 peratus daripada pendapatan untuk membeli makanan (yang belum dimasak) berbanding 10.4 peratus bagi rakyat Jerman dan 14.8 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat. Ini menunjukkan rakyat Jerman dan Amerika Syarikat mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi melebihi keperluan membeli makanan iaitu asas keperluan sesebuah keluarga.

Jika dibandingkan keperluan perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus untuk keperluan pengangkutan berbanding 13.2 peratus bagi rakyat Jerman dan 16.7 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat.

Dua perkara inilah yang banyak diberikan subsidi oleh kerajaan.

Walaupun banyak subsidi diberikan dalam sektor makanan, rakyat Malaysia masih lagi menanggung kos makanan yang tinggi. Ini kerana rakyat Malaysia terpaksa membelanjakan 31.4 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan. Apa akan terjadi jika kesemua subsidi ini ditarik balik?

Kerajaan harus berhati-hati dalam mengurangkan subsidi makanan kerana ia boleh memberi tekanan inflasi dan menjejaskan perbelanjaan makanan kepada rakyat. Kos jangka panjang kepada kerajaan akan lebih tinggi (keperluan kesihatan masa hadapan) jika rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan makanan bagi menampung keperluan yang lain.

Dalam perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus kepada keperluan ini berbanding rakyat Jerman yang membelanjakan hanya 13.2 peratus. Rakyat Amerika pula tiada bezanya dengan rakyat Malaysia dengan membelanjakan 16.7 peratus kepada pengangkutan.

Kenaikan tarif elektrik juga akan menjejaskan perbelanjaan rakyat Malaysia berbanding rakyat Jerman dan Amerika Syarikat kerana cuaca yang sentiasa panas di Malaysia berbanding cuaca di Jerman dan Amerika Syarikat yang bermusim.

Bagi kerajaan Jerman dan Amerika Syarikat tiada keperluan memberi subsidi kepada rakyatnya kerana pendapatan rakyatnya yang sudah pun tinggi berbanding rakyat Malaysia.

‘Makanan’ adalah petunjuk kepada kesejahteraan rakyat sesebuah negara. Jumlah makanan yang boleh diambil oleh seseorang itu ada hadnya tidak kira orang itu miskin atau kaya atau ia berada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Jadi lebih banyak perbelanjaan ‘bukan makanan’ maka lebih selesa rakyat sesebuah negara itu.

Jadi Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan oleh kerajaan berada di landasan yang betul. Pendapatan rakyat harus ditingkatkan dahulu sebelum menarik balik subsidi kepada makanan dan pengangkutan.

Bagaimanapun kerajaan tidak harus menunggu untuk menarik balik subsidi gula kerana keperluannya kepada suatu keluarga itu amat sedikit dan ia baik dari segi kesihatan. Cadangan gaji minimum harus dilaksanakan dengan seberapa segera.

Kerajaan harus berhati-hati sebelum menarik balik subsidi minyak kerana implikasinya kepada senario politik boleh menjejaskan kerajaan yang memerintah. Dalam keadaan politik yang tidak stabil, semua rancangan yang baik boleh jadi musnah.

Tidak mustahil Malaysia akan senasib dengan Greece, Sepanyol dan Iceland yang dibebani dengan hutang negara yang tinggi.

Rakyat Malaysia yang majoritinya dalam kelas menengah dan bawah akan terjejas teruk jika kerajaan menarik balik subsidi minyak secara drastik. Kerajaan harus menyediakan alternatif kepada rakyat. Infrastruktur bagi pengangkutan awam seperti LRT dan tren komuter harus dibina dengan seberapa segera supaya rakyat tidak bergantung kepada kenderaan persendirian.

Sebelum ia dapat dibina dengan sepenuhnya kerajaan juga mesti menarik balik perlindungan terhadap industri kereta negara. Rakyat harus diberi peluang membeli kereta dengan harga yang murah dari luar supaya perbelanjaan pengendalian kereta setiap bulan dapat dikurangkan.

Contohnya, rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan tinggi boleh membeli kereta Toyota Camry dengan harga US$19,595 (RM62,704) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM144,990 sebuah, sementara kereta Honda City Sedan pula berharga US$15,655 (RM50,096) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM114,980. Kereta-kereta tersebut dibuat di Amerika.

Tentu ada yang silap kenapa harga kereta nasional kita lebih mahal. Jika polisi yang ada tidak memberi faedah kepada rakyat sudah sampai masanya dimansuhkan.

Diharap kerajaan dapat perbetulkan struktur ekonomi negara terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang salah. Kebanyakan pakar ekonomi kita belajar daripada teori yang ditulis oleh pakar ekonomi Barat.

Jadi penulis tidak berasa pelik yang kebanyakan mereka semua mahu subsidi dihapuskan.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah membuat perbelanjaan berhemah, kurangkan pembaziran, hapuskan rasuah dan tingkatkan kecekapan kerja. Jangan ada ketirisan dalam perbelanjaan sesuatu projek. Insya-Allah kita tidak akan terperangkap seperti negara Greece, Sepanyol dan Iceland.

ESA ADAM

Bandar Sunway Selangor

2 comments:

  1. SALAM,

    TEMAN SETUJU DEGN FAKTA MIKE,BAGI TEMAN KALAU KERAJAAN INGIN MENRAIK BALIK SUBSIDI,TEMAN INGAT KERAJAAN PERLULAH JUGA BERKORBAN DARI SEGI KUTIPAN CUKAI,KERAJAAN INGIN BUAT GST TAPI BAGAIMANA PULA DGN CUKAI PENDAPATAN TAKAN KURANG 1% DPD 27 KE 26% SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH,BARU RAKYAT BOLEH BERBELANJA,SATU LAGI TEMAN HARAP KERAJAAN MENIMBANGKAN 0% UTK CUKAI KPD SYARIKAT YG TURNOVER TIDAK MELEBIHI 5 JUTA,JADI BARU SYARIKAT2 PKS DAPAT BERKEMBANG,CUKAI JALAN PURATAKAN KE RM100 UTK C.C BAWAH 2500,BARULAH ADIL NAMANYA,KERANA TEMAN TAK NAK LIHAT DAGING GAN TULANG KERAJAAN MAU AMBIL YG ADA KAT RAKYAT HANYALAH SUPNYA SAHAJA,TEMAN HARAP DENGAN MEB NE MESTI ADA WIN-WIN,BARULAH RAKYAT DAPAT MENYOKONG SEPENUHNYA...INI HANYALAH PENDAPAT TEMAN AJE SEBAGAI ORG KG

    ReplyDelete
  2. Bagus betul BNapco ni...dah sedut hasil negara sampai kering kontang, dipaksanya rakyat penuhkan balik tabung dengan cara menarik semula subsidi.

    Kalau rasuah tidak merebak dengan meluas seperti 11% harus diberikan pada sianu untuk setiap projek mana boleh negara boleh bangkrap.

    Itu baru pasal rasuah belum lagi hal-hal yang lain. Yang sebenarnya dana negara sudah kering kontang akibat sikap yang tidak amanah pemimpin BN hingga rakyat yang menanggung akibatnya.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...