terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 11, 2010

Kecewa ijazah tidak diiktiraf

SAYA merupakan seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Namun saya kecewa kerana program yang saya ambil iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan (UiTM) tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Walaupun ada graduan yang dipanggil untuk sesi temu duga Pegawai Teknologi Makanan (Gred C41), tetapi status graduan hanyalah sebagai calon simpanan. Difahamkan hal ini berlaku kerana kesan penukaran nama Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kualiti Makanan kepada jazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan.

Jika lulus temu duga sekali pun, calon hanya layak sebagai calon simpanan. Untuk menjawat jawatan tersebut belum ada kepastian. Semakan boleh dibuat di laman web SPA. Memang ia diiktiraf, tapi nama ijazah terdahulu, bukan nama sekarang.

Apakah nasib kami para graduan UiTM dalam bidang ini? Tiadakah ada jalan penyelesaian oleh pihak yang berkaitan terutama daripada pihak UiTM dan SPA? Saya sudah ditemu duga dan alangkah hancurnya hati saya apabila ijazah yang saya perolehi masih dipertikai status pengiktirafannya oleh pengerusi temu duga SPA.

GRADUAN KECEWA,

Kelana Jaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...