terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 22, 2010

Keliru birokrasi mahkamah

SAYA tertarik dengan keputusan hakim menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 51 dan isterinya pelakon, Zizie Izette Abdul Samad, 32 kerana kesalahan berpoligami.

Saya tidak pernah mempertikaikan hukum syariah dan undang-undang berkaitannya, tetapi apa yang mengelirukan apabila seseorang melakukan sesuatu perkara (berpoligami) yang cukup syarat seperti ada wali, saksi dan sebagainya tetap dijatuhi hukuman penjara dan denda.
Jika diikutkan, pernikahan mereka sah di sisi syarak cuma salah di sisi undang-undang dunia. Patutkah mereka ini dipenjara jika mengikut syarak, pernikahan mereka adalah sah?
Begitu juga seseorang yang menceraikan isteri, mungkin waktu itu beliau dalam keadaan marah dan ada masalah rumah tangga kemudian rujuk semula.

Tetapi bila pergi ke mahkamah kemungkinan mereka didenda. Bukankah kuasa menceraikan isteri itu adalah hak lelaki? Kenapa perlu didenda? Alasan didenda, kerana tidak diceraikan di mahkamah.

Oleh kerana masalah beginilah saya percaya ramai yang sudah bercerai masih tinggal sebumbung kerana malas hendak pergi ke Mahkamah Syariah kerana kerenah birokrasi serta denda yang dikenakan.

SHAFI ALI, Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Mahkamah itu juga manafikan hak asasi suami isteri yg sah !

    Macam mahkamah hendak ambil alih hak wali.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...