terima kasih buat kalian semua..

Sunday, May 9, 2010

Kenapa lelaki suka tangguh kahwin?

SAYA Nor dan berumur 25 tahun, saya ingin mendapatkan pendapat Putri bagaimana seseorang lelaki itu apabila dia memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkahwin dengan saya kerana masalah kewangan. Zul berkata ingin menyimpan wang lebih untuk perkahwinan kami kerana selepas berkahwin, dia tidak mahu mempunyai masalah dalam kewangan.

Zul tidak mempunyai pendapatan tetap dan saya telah mengenalinya selama satun setengah. Sebelum ini, ibu pernah menyuruh Zul merisik memandangkan umur saya yang semakin meningkat serta bimbang rombongan daripada pihak lain selain mengelak pandangan buruk masyarakat mengenai hubungan kami.

Zul memberikan alasan belum cukup wang. Ibu pula berkata merisik tidak memerlukan wang yang banyak. Sehinggalah pada April lalu, Zul sekeluarga datang dan pada masa perbincangan itu perkahwinan ditetapkan pada tahun 2011 sekiranya tiada sebarang masalah dan Zul tidak membantah. Ketika majlis itu, Zul memberitahu yang dia belum bersedia tahun depan dan hanya bersedia pada tahun 2012. Saya sangat kecewa dengan sikapnya yang tidak berterus terang semasa majlis itu. Adakah saya perlu menunggunya sedangkan saya sendiri tidak tahun berapa lagikah masa yang dia perlu. Zul seolah-olah belum bersedia dengan hubungan kami. Zul seorang yang amat bertanggungjawab pada keluarga dan sangat baik. Saya amat menyayanginya.

Kadang-kadang, Zul terlampau bertanggungjawab pada keluarga sehingga mengabaikan saya. Dia terlalu mengutamakan kakak dan adiknya daripada dirinya sendiri. Saya merasai seperti tidak dihargai. Pada masa yang sama, saya amat kasihankannya kerana bekerja keras untuk keluarga dan membuat saya gembira. Ibu bapa saya pula selalu menyuruh saya berkahwin cepat-cepat memandangkan umur saya sekarang meningkat. Kini, saya sudah putus harapan untuk memikirkan tentang perkahwinan.

Padahal, pada hari dia merisik saya, saya sangat bahagia dan sentiasa memikirkan betapa meriahnya perkahwinan nanti. Perlukah saya menyerahkan semuanya pada takdir? Sebelum ini, saya tidak pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki dan kebanyakan kawan saya semuanya perempuan. Buat pertama kalinya, saya jatuh cinta pada lelaki dan mempunyai cita-cita untuk hidup bersamanya. Sekarang saya buntu adakah dia betul-betul menyintai saya memandangkan kerap kali dia memberikan alasan apabila berbincang tentang perkahwinan.

n Nor, Jeli, Kelantan.

Nor,

Bermula dengan minat, lahirnya perasaan cinta dan sayang. Apabila dua hati ingin bersatu, masing-masing bersedia terikat dengan komitmen iaitu perkahwinan. Ia adalah dunia sebenar cinta. Namun, masing-masing mempunyai perancangan sendiri dalam membina komitmen. Pasangan Nor juga sedemikian. Jangan tanya kenapa dia bersikap demikian. Tetapi adakah anda sedia berhadapan dengan situasi ini? Berdasarkan cerita Nor, melalui pengamatan Putri, Zul mempunyai sebab kenapa dia memerlukan masa untuk berkahwin. Pertama, dia ingin mengukuhkan kewangan. Kedua, mungkin Zul ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ketiga, komitmen bersama keluarga sama ada membantu ibu bapa dan adik-beradik yang lain mungkin menjadi keutamaan buat masa ini. Sebagai kekasih, anda perlu memahami situasi Zul. Kebiasaannya, lelaki lebih berpandangan jauh. Mereka tidak mahu menghadapi masalah keluarga kelak termasuk kewangan pada masa depan. Justeru itu, Nor perlu bersiap sedia dan memahami Zul. Tanya diri sendiri, masih adakah sayang di hati Nor kepadanya? Jika ya, apakah kata, Nor berkorban. Beri Zul sedikit masa. Siapa tahu dia akan mendapat kejayaan dua tahun akan datang ini. Sebagai kekasih, berilah dia sokongan dan jangan terlalu mendesak. Bagi berdepan dengan ibu bapa, Nor sendiri perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya. Jangan mudah mengalah dan mintalah sedikit masa. Zul nampaknya serius membina hubungan ini dengan sanggup merisik terlebih dahulu dan berkenalan dengan keluarga anda. Alangkah manisnya hubungan ini, kedua-dua buah keluarga sudah saling berkenalan. Cuma satu pesan Putri, jagalah adab dan batas pergaulan ketika bercinta. Semoga Zul dan Nor bertemu jodoh dan kekal hingga akhir hayat.

1 comment:

  1. nama sy natrah, umur saya 23tahun.
    sy sudah 5tahun lebih brkawan dgn nazmin, namun shgga skrg sy msih menunggunya.. dia telah merisik saya 2thun lepas, walaupun msih tgh study.. sekarang dia sudahhbis blajar...dan sy phm, dia pun baru berkerja, namun kami sudah lama menabung untuk majlis prtunangan.. untuk faktor duit saya rasa tiada masalah diantara kami.. tp saya xpasti kenapa dia suka menangguh2 majlis ptunangan itu? ape yg perlu sy buat Putri?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...