terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 14, 2010

Kerjaya guru tidak dapat pengiktirafan, penghargaan sewajarnya


PADA 16 Mei ini kita akan menyambut Hari Guru. Ia acara tahunan bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru.

Setiap tahun bekas guru akan dinobatkan sebagai tokoh guru. Dicadangkan agar bukan saja anugerah tokoh guru, tetapi diadakan juga anugerah guru cemerlang, bagi guru masih berkhidmat.

Mungkin boleh diadakan mengikut kategori seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan atau lain-lain kategori yang bersesuaian, sebagaimana hari pekerja dengan pekerja cemerlang diberi anugerah mengikut kategori.

Profesion guru yang sarat dengan cabaran, tanggungjawab dan beban kerja, tetapi agak kurang dari segi kemudahan dan keselesaan berbanding kerjaya lain.

Selain pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru juga melakukan tugas lain seperti perkeranian, biasiswa, buku teks, PIBG mengendalikan pelbagai acara sekolah dan kerja di luar bidang akademik.

Dari segi kemudahan dan keselesaan memang jauh beza antara guru dengan kerjaya lain. Cikgu berkongsi bilik guru beramai-ramai walaupun gred 41 ke atas. Berbanding pegawai kerajaan gred 41 yang bekerja di pejabat, duduk satu bilik seorang, ada kemudahan lif sedangkan guru naik turun tangga pergi ke kelas hingga tingkat tiga atau empat.

Pegawai kerajaan gred 48 ke atas ada setiausaha atau pembantu peribadi (PA) tetapi guru tidak ada, mahu fotostat atau taip surat pun kena buat sendiri, sedangkan dari segi gred sama. Itu belum dikira dari segi kemudahan lain seperti kereta yang dibekalkan khas untuk jawatan, pemandu dan sebagainya.
Daripada sudut penghargaan dan pengiktirafan, guru juga ketinggalan jauh berbanding bidang lain. Berkhidmat 30 tahun pun belum tentu mendapat pingat, ketua kampung lebih ramai terima pingat berbanding cikgu.

Bahkan mungkin ada pengarah pelajaran negeri masih bergelar Encik atau Tuan Haji. Sedangkan pegawai kerajaan dalam sektor lain terutama pasukan beruniform jika gred 54 mungkin sudah mendapat gelaran Datuk.

Apa yang sering disuarakan oleh kesatuan guru, beban kerja guru memang kenyataan yang tidak dapat dinafikan, hanya mereka yang bergelar cikgu mengalami dan memahaminya.

Memang tepat pada masanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru, jawatankuasa ini sewajarnya bukan saja melihat kepada beban kerja guru, tetapi juga perlu melihat dari pelbagai sudut seperti laluan kerjanya, kemudahan, keselesaan, penghargaan dan lain-lain.

Diharapkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dapat meneliti permasalahan ini demi kebajikan guru yang menabur bakti dan jasa mendidik anak bangsa sekali gus membangunkan negara.

BASHARUDDIN HASHIM,
Alor Setar, Kedah

7 comments:

  1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud : Manusia kalau diberi segunung emas nescaya ia akan meminta segunung lagi.

    ReplyDelete
  2. great review.

    1)sebenarnya, kajian beban guru telah dibuat secara menyeluruh pada tahun 2007. Zaman Dato Alimudin. Pelik bila dikaji sekali lagi. seolah-olah, pak menteri kita, tidak sensitif dengan program dan kajian yang telah dilaksanakan.

    2)apa relevan gambar di atas?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    tidak dinafikan cikgu memang banyak jasanya...

    TETAPI jangan dibandingkan dengan gred dan beban tugas dengan pegawai kerajaan lain..

    ADAKAH kita sedar PENGIKTIRAFAN (kenaikan gaji dan lain-lain insentif) yang diberi kerajaan ADAKAH sama dengan kakitangan kerajaan lain...

    HARUS sedar bahawa anda Guru/Cikgu/Pendidik DICEMBURUI oleh kakitangan kerajaan yg lain kerana anda adalah GOLONGAN TERPILIH darisegi peniktirafan dan GANJARAN YANG DITERIMA dari keranaan....

    ADAKAH Guru/Cikgu/Pendidik sedar berapa kali gaji anda naik, golongan kakitangan kerajaan yg lain MEMENDAM PERASAAN.

    renung-renungkan

    ReplyDelete
  4. Dengar kabarnya bermula awal tahun 2010 JPN Kedah telah edarkan pekeliling dalaman dalam soal perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat...
    Antara langkah-langkah yang telah dibuat dan dijalankan sekarang ialah:-

    1. Pegawai pelajaran,guru-guru dan kakitangan lain yang kena bertugas di kawasan atau sekolah lain dalam aktiviti sukan,mesyuarat atau kursus tidak lagi dibolehkan membuat tuntutan perjalanan seperti yang tercatat dalam perintah am.Mereka hanya diberi "tambang bas" sahaja untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

    2. Tak ada lagi elaun makan atau elaun harian bagi pegawai yang bertugas melebihi masa.

    3. Elaun penginapan juga dah tak dibenarkan..kalau pegawai,guru-guru atau kakitangan bertugas beberapa hari ditempat yang jauh dari rumah kediamannya,bayaran penginapan terpaksa ditanggung sendiri...

    Logik kah dengan langkah penjimatan itu...bagaimana dengan guru-guru dan kakitangan yang rendah pendapatan bulanannya??

    Pegawai dan guru-guru JPN yang lain bagaimana?? Sama kah dengan JPN Kedah?

    ReplyDelete
  5. Tuan Blog...
    Tahniah dgn entri yg baik diatas. Buat -renung renungkan diatas. Anda faham ke tidak. Kalau guru gred 41 gaji nya sama juga dgn gred M41, S41 dll-kenapa kakitangan lain boleh memendam perasaan. kalau kumpulan sokongan N29 sama juga dgn gaji DG29.
    Lagi satu bukan soal gunung emas yg diminta tetapi persekitaran tempat kerja dan kenakalan remaja yg semakin mencabar. Kenapa ? Kerana dulu ada SRP...yang hampas/hampehh (gagal Mate, Gagal BM ) dah tak masuk tingkatan 4. Kini PMR, yg tak tau membaca pun masuk Ting. 4. jadi golongan ini bila di sekolah mula bermasalah dlm. belajar. Yg PMR soalan objektif A, B, C pun GAGAL. Macamana nak menjawab soalan Esei, Struktur atau subjektif pada level Form 4,5....Faham TUuuu.

    Kabin
    Perak

    ReplyDelete
  6. Tuan Blog,
    Gambar di atas amat releven sekali. Di mana ambil. Snap sendiri kah? Guru-guru sebenarnya sudah lama ditelanjangkan. Tapi tak sedar. Semuanya diulik dengan kata-kata madah pujangga, guru bagaikan lilin membakar diri, guru bagaikan itu dan ini ... pahalanya berganda-ganda. Sebenarnya ramai yg sakit jiwa.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...