terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 11, 2010

Kesal sikap Pembantu Perubatan

SAYA ingin meluahkan rasa kesal saya sebagai seorang anak apabila ibu saya meninggal dunia tanpa dapat diselamatkan. Kes berlaku pada 22 April 2010 sekitar pukul 12.30 malam di Klinik Kesihatan Felda Bukit Mendi, Pahang.

Saya membawa ibu saya yang tiba-tiba sesak nafas untuk mendapatkan rawatan. Sampai di klinik saya cuba menelefon Pembantu Perubatan (MA) on call tetapi tidak berjawab. Berkali-kali saya telefon tidak juga telefon itu dijawab.

Kemudian saya cuba mengetuk setiap pintu rumah tiada siapa yang berani buka pintu. Akhirnya setelah berkali-kali mencuba menelefon MA on call terjawab juga panggilan. Tetapi entah apa-apa yang MA itu cakap. Mungkin dia mamai baru bangun tidur.

Ketika itu ibu saya sudah tidak bernyawa dan disahkan oleh MA tersebut. MA berkenaan keluar sambil mendukung anak dengan berseluar pendek. Ini bukan sahaja terkena pada saya seorang, malah penduduk kampung pun selalu mendapat layanan seperti ini. Cuma mereka tidak tahu bagaimana hendak bersuara.

Saya minta pihak yang berkuasa tolonglah kami orang kampung yang memerlukan rawatan kecemasan begini tetapi tidak dilayan.

ANAK JATI

Felda Bukit Mendi,

Triang, Pahang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...