terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 15, 2010

KETATKAN HAK KERAKYATAN


SAYA rasakan Malaysia seperti ‘bukan negara saya lagi’. Rata-rata tempat yang saya pergi ada sahaja warga asing terutamanya Indonesia. Dan saya pernah diberitahu oleh pembantu rumah kepada saudara saya sendiri yang dia mempunyai ramai saudara mara di sini. Malah ada yang telah bermastautin senyap-senyap dari tahun 1980 lagi.

Anak-anak mereka semua ada kad pengenalan Malaysia dan fasih pula berbahasa Melayu. Yang saya hairan, mengapa begitu mudah sekali untuk mendapatkan hak kewarganegaraan? Saya mencadangkan agar pihak berkuasa ubahlah akta yang lama itu kepada yang baru dengan mengetatkan lagi syarat untuk menjadi rakyat Malaysia.

Menurut pembantu rumah itu lagi, ramai saudara maranya tinggal di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Mudahnya mereka bermastautin di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia berpuluh tahun hidup di Malaysia dan berpenat lelah mengumpul duit pun belum tentu dapat membeli tanah di tengah-tengah bandar raya.

YANG SANGAT BIMBANG

Gombak, Selangor

1 comment:

  1. Salam,

    Nenek saya berasal dr padang... datuk sy biduanda n.sembilan... sy anak malaysia....

    mereka berjaya kerana kerajinan.. sebagai perantau...

    Sbagai rakyat malaysia... sy lebih cenderung menyokong mereka kerana kita yg SERUMPUN...SEAGAMA.... drpd kita beri warganegara kepada mereka yg datang dr BENUA lain... yg pastinya tidak SEAGAMA dan tidak SERUMPUN... bahkan penguasaan bahasa melayu mereka lebih kurang spt Lim Kit Siang....

    sekian.....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...