terima kasih buat kalian semua..

Sunday, May 9, 2010

Lelaki buta hati boleh berambus

SUAMI pijak isteri sampai mati. Suami toreh alat sulit isteri. Sebab? Cemburu, katanya. Syak isteri ada hubungan dengan lelaki lain. Ishhh, ngeri betullah TT dengan lelaki, suami zaman sekarang.

TT tak sesekali nak menangkan isteri-isteri ni, kalau betullah mereka memadu asmara dengan lelaki lain, tak kiralah kalau suaminya tu pun sebenarnya setakat nama je lah suami, tapi perangai, peranan dan sikap, baiklah tak berlaki.

Tapi, takkanlah sampai kena toreh, sampai kena mati? Melampau tu!!! Apalah dah jadi dengan dengan spesies lelaki sekarang ni ya? Dahlah nak cari yang okay pun seksa ya amat, yang ada pun otaknya tak boleh pakai. Sebelum ni, ada kes suami simbah cuka getah kat muka dan tubuh isteri. Sebab? Isteri tak nak ‘mesra-mesra, manja-manja’, tak nak penuhi keinginan nafsu serakah dia. Hilang dari rumah, anak bini tak diambil peduli, kaki judi, balik rumah je nak suruh isteri ikut cakap lelaki. Hello, isteri awak tu manusia, bukannya robot, ada hati, ada perasaan, jaga isteri tak nak, buat isteri macam kuli dia, dah malam, eh..pandai pulak nak mesra-mesra. Siapa nak??!!!

Tapi tu lah, lelaki tetap lelaki. Aku lelaki, aku yang berkuasa. Aku lelaki, aku yang boleh bersuara. Aku lelaki, suka hatilah aku nak buat apa, kau apa peduli. Aku lelaki, kau buat salah kau mati! Gila!!!

Kes toreh ni, lagilah ngeri. Dengar bisikan suara halus kononnya yang si isteri curang. Ya Allah, boleh terima ke alasan macam tu? Kalau tak gila namanya tu, tak ada pegangan agama, jawabnya. Kalau ya pun cemburu, bawa-bawalah bertenang. Kenapa kena bertindak bodoh macam tu?

Lelaki ni, tak payah cakap suamilah, baru nama boyfriend pun, kalau cemburu, selalu sangat cemburu melampau. Tapi, kalau dia buat tak apa, perempuan, isteri buat salah. Tak apa kalau lelaki berkawan dengan perempuan lain, bukan ada apa pun, sekadar kawan-kawan je, teman borak.
Cuba isteri atau girlfriend bagi jawapan macam tu, kalau tak mencederakan atau membunuh sekali pun, ada jugalah yang rasa pelempang kat muka, paling tidak pun pekak telinga dengar bebelan yang mengalahkan peluru machine gun, belum lagi angin satu badan dan muncung yang panjang berjela.

Hai, mujurlah spesies TT tak macam tu. Kalaulah spesies TT ni otak ‘short’ macam lelaki-lelaki tu, tak tahulah TT...ramai gamaknya suami yang kena bunuh, tak pun anunya kena potong.

Cemburu dalam berkasih sayang pada TT, harus ada tapi cemburu melampau, elak-elakkanlah. TT memang tak kahwin lagi, belum kahwin tapi pengalaman berkasih sayang, pernah tau. TT faham bagaimana perasaan disayangi, menyayangi, mencurigai dan dicurigai. Cemburu jangan cakaplah, memang ada, dah kata pun, cemburu itu tanda sayang...tapi taklah over.

Kalau rasa curiga, musykil, syak wasangka, pada TT jalan penyelesaian terbaik, tanya betul-betul. Kalau tak puas hati dengan jawapan diberi, rasa macam kena tipu je, apa lagi, jadi mata-mata gelaplah. Siasat, kalau larat, kalau tak kuasa, pejamkan mata, pekakkan telinga, terima seadanya, tak pun, angkat kaki, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. This is not the end of the world... Janganlah sampai nak bunuh-bunuh, pukul, pijak, cekik pulak...ishhh

Pada kaum TT, marilah kita sama-sama berdoa. Pada yang sudah bersuami, bakal bersuami dan nak cari suami (macam TT), semoga kita tak dapat laki, yang buta mata, buta hati, ada masalah sikit, nak bagi kita mati. Eeeee... Ngeri!! - sumber bhrian

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...