terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 15, 2010

Menteri Kementerian Lain Kenapa Tak Macam Menteri Pelajaran Jaga Guru


SEJARAH membuktikan sesiapa saja menjadi Menteri Pelajaran, mereka tetap melayan segala tuntutan guru. Apa hal dengan anggota kerjaya lain? Apakah mereka tidak ada sumbangan kepada bangsa, agama dan negara? Menteri-menteri di kementerian lain tidak pernah peka kepada anak buah masing-masing seperti mana menteri di Kementerian Pelajaran.

Bertuahnya guru. Setiap tahun sempena Hari Guru pasti ada saja tuntutan oleh kesatuan guru dan percayalah setiap tuntutan akan tetap dipenuhi oleh Menteri Pelajaran. Bagaimana kakitangan di kementerian lain? Minta diberi perhatian sama kepada kakitangan di kementerian lain.

TEROPONG RUSIA

Perlis

8 comments:

  1. Ye le... kami guru guru hari ni kena gotong royong

    ReplyDelete
  2. Tuan...Teropong Rusia
    Bukan kementerian tidak menjaga kebajikan kakitangan tetapi kakitangan mereka sudah selesa...kalau tak paham lg macam ni..dalam bilik guru yg bersemen dan berkipas angin dihuni gred-gred DG41,44 dan ada yg DG48 (ada yg ada degree ada yg masters).LIHAT pula kakitangan Gred M41,44, N41,44, S41,44 atau yg setaraf spt Inspektor, Kapten Tentera etc..lihat pembantu mereka, lihat karpet mereka, lihat econd mereka....dgn kata lain lihat persekitaran kerja mereka. Guru kalau ada mercedes sekali pun kena bawa budak pergi bersukan/ko-ko guna kereta sendiri. engkau ada kereta guna unt bini, anak kau sahaja...komen biar berilmu...

    hayam hirang

    ReplyDelete
  3. ...betul tu, cuma pura-pura tak tahu je tu,

    ReplyDelete
  4. Jikalah kami guru dilayan seperti kakitangan awam yang lain, insyallah tiada isu dan tuntutan ditagih. Sebagai contoh, nampak remeh tapi besar dari segi psykologi industri iaitu Kalau guru mengajar menggunakan marker pen dan pen yang dibeli sendiri, tetapi kerani sekolah guna pen yang dibeli oleh pejabat. Bilik pejabat berhawa dingin, meja khas diberi, komputer dan printer sorang satu, kerusi yang egronomik dan macam-macam lagi keistimewaan. Kami guru2 terutama sekolah2 lama duduk berkongsi tempat duduk,tiada aircornd cuma kipas syiling, tiada pentry, kerusi plastik, tiada elaun keje lebih masa, dan macam-macam lagi. Mungkin orang luar sana anggap kami suka meminta2, kami cuma inginkan hak seperti kakitangan yang lain. Adakah pada zaman ini perumpamaan Guru sebagai lilin, membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang lain masih relevan? Kami ingin menjadi "Energy saving lamp" yang diletakkan di ruang hiasan dan dekorasi indah yang mampu memberikan sinar lebih besar keamatan dan kesannya kepada sesiapa.
    Ada yang faham? Aku pun kurang faham.. Apa yang aku tahu, sinar energy saving lamp lebih cerah dan indah berbanding kilauan lilin yang malap. Berkorban diri tetapi hanya mampu memancarkan cahaya malap sahaja....

    ReplyDelete
  5. Perlu diingat, antara tuntutan dengan anugerah atau pemberian adalah dua perkara yang berbeza.Tuntutan merupakan suatu yang disifatkan lebih agresif berbanding meminta yang lebih lembut nadanya.dengan kata lain pihak tertentu (guru melalui kesatuan) perlu membuat tuntutan bagi memperoleh sesuatu yang diharapkan oleh ahlinya (guru).Ia terpulang kepada pihak berkenaan (kpm) sama ada mahu melayan/menerima atau menolak tuntutan yang dibuat.Itu hak pihak berkenaan.Berbeza dengan anugerah/pemberian, ia suatu yang dikurniakan kepada sesuatu pihak tidak kira sama ada tuntutan ada dibuat atau tidak.anugerah/pemberian boleh diberi atas kapasiti atau sebab tertentu sama ada sebagai membalas budi, mengenang jasa atau sebab-sebab lain yang difikirkan ia wajar diberikan.tindakan pihak atasan yang disifatkan sebagai mencerminkan menjaga kebajikan atau mengenang jasa orang bawahan adalah menganugerah atau memberi sesuatu ganjaran dengan mendahului tuntutan.Walau tiada tuntutan dibuat tetapi dengan memahami beban tugas yang perlu dipikul oleh orang bawahan,memahami cabaran masa kini yang perlu dihadapi oleh orang bawahan semasa menjalankan tugas,menghargai segala pengorbanan yang dibuat oleh orang bawahan (apatah lagi orang bawahan itu terlibat secara tidak langsung dalam melahirkan insan bergelar raja,perdana menteri/menteri,hakim,dll-sila rujuk puisi SN Othman Awang), pemberian yang mendahului tuntutan dilihat lebih bersifat prihatin dan mengambil berat.

    Tidak semua tuntutan yang dibuat dipenuhi setiap tahun malah ada juga tuntutan yang tidak dapat ditunaikan oleh kpm.Jika dibanding dengan polis dibawah pengurusan kementerian dalam negeri dan tentera di bawah pengurusan kementerian pertahanan,mereka lebih mendapat keistimewaan berbanding kementerian lain.Sebagai contoh, anggota polis baru-baru ini menerima kenaikan gaji dan pertambahan kenaikan pangkat.Alhamdulillah,satu berita yang menggembirakan bagi golongan terbabit yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara.tambahan pula, apabila bajet negara dibentangkan, golongan-golongan penjaga keselamatan negara ini tidak terkecuali daripada mendapat habuan tertentu seperti kenaikan/pertambahan elaun dan sebagainya.kalaupun tidak setiap tahun,tapi kerap juga mereka ini memperoleh sesuatu dari kerajaan melalui kementerian masing-masing semasa bajet dibentangkan.pembentangan bajet bagi kpm antaranya pemberian buku teks percuma kepada semua murid (untuk murid),pelaksanaan skim baucer tuisyen (untuk murid),pemansuhan yuran (untuk waris murid),pemberian bantuan melalui e-kasih (untuk murid dan waris),membina/manaik taraf sekolah tertentu menjadi kluster,sekolah sukan,sekolah seni,sekolah berprestasi tinggi dsb. Bukan dengki, sakit hati atau iri hati.rezeki masing-masing.tapi bila kata setiap tahun ada saja tuntutan yang dipenuhi oleh kpm dan dalam masa yang sama anggota/penjawat awam dari kementerian lain tiada mendapat keistimewaan serupa,saya secara jujurnya amat tidak setuju.

    tahun ini,tidak tahu apa yang akan diumumkan yang boleh disifatkan sebagai ganjaran (hasil daripada tuntutan) kepada guru.cuma apa yang pasti,hadiah yang telah diberi sempena hari guru 2010 adalah pelaksanaan gotong royong perdana di sekolah-sekolah.

    ???.......

    SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik yang telah berkorban segalanya dalam mendidik anak bangsa.Jasa mu amat besar kepada negara.
    TERIMA KASIH CIKGU........

    ReplyDelete
  6. coti panjang ma,keje sekerat hari,bole keja kat sek depan tangga...ok tu,tak mau keje kalu ramai lagi nak keje

    ReplyDelete
  7. Tuan Blog...
    Hoi anon kat atas beri salam la..
    Semua kakitangan macam aku ada cuti 34 hari setahun...aku tengok cuti guru pun bukan banyak..time cuti kena bertugas, kursus, mesyuarat, jaga spm, stpm yg dekat sebulan, marking paper dll. Sekerat hari bermaksud balik jam 12.30 kalau dah balik secara purata 3 petang tapi mula awal jam 7.15 pagi. Sabtu cikgu anak aku kena kerja juga. Ramai nak kerja tapi apa kelayakan. Yang kau tu dari sebok-sebok komen tanpa pilot test baik buat masters kat universiti lagi bagus....entah entah ada sijil tamat tingkatan lima saja.

    tyt
    anak guru.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...