terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 24, 2010

Pasport dan cuti, wajarkah?


SAYA terpanggil untuk memberi maklum balas ke atas keputusan kerajaan supaya majikan memberikan cuti sehari seminggu serta membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport masing-masing, kerana saya antara warga kota yang berdepan secara langsung dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Saya tertarik dengan ulasan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan- Majikan Malaysia yang menganggap kita seolah-olah telah menyediakan ruang yang amat selesa kepada pembantu rumah untuk melarikan diri. Selain dari itu, keputusan kita ini juga sebenarnya akan menambahkan lagi risiko dan juga kerugian yang bakal dihadapi oleh majikan.

Saya sendiri pernah dua kali 'ditipu hidup-hidup' oleh pembantu rumah saya warga Indonesia. Kes pertama pada November 2007, pembantu rumah saya minta diberikan pasport (setelah bekerja tak sampai lapan bulan) atas alasan ingin keluar berjumpa dengan rakan senegara di Pudu Raya, tetapi lesap tak balik-balik sampai sekarang.

Kes kedua, pada pertengahan Jun 2009 pembantu rumah saya mohon cuti 10 hari untuk pulang ke Indonesia setelah bekerja hampir setahun (tempoh kontrak adalah dua tahun) dengan saya atas alasan menguruskan perkahwinan anaknya di kampung. Selepas 12 hari bercuti, beliau telefon saya meminta maaf kerana terpaksa mengikut suaminya bekerja di Johor.

Antara persoalan yang timbul ialah, apakah tindakan kita bersetuju dengan tuntutan kerajaan Indonesia ini akan menguntungkan orang Indonesia dan juga orang kita?

Apakah kerajaan Indonesia boleh memberi jaminan kepada kita untuk membayar ganti sekiranya rakyatnya telah pecah kontrak atau lari bersama- sama pasport masing-masing untuk bekerja di tempat lain, sedangkan kita telah mengeluarkan ongkos RM5,500 hingga RM6,000 untuk proses membawa masuk bekerja dengan kita. Ejen pembantu rumah hanya sanggup beri jaminan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Apakah pembantu rumah ini memerlukan satu hari setiap minggu untuk berehat sedangkan dia bukannya bekerja penuh lapan jam sehari. Ada masa-masanya dia pun sama-sama tidur dengan anak kita di rumah. Jadi saya amat berharap supaya pihak majikan dapat turut sama merasai 'kemenangan' dalam rundingan berhubung pembantu rumah warga asing ini.

Janganlah kita mengambil keputusan semata-mata untuk mempamerkan sifat pemurah kita, sedangkan rakyat kita yang akan menanggung sengsara jangka panjang.

Kita sepatutnya memberi perhatian ke atas kualiti kerja yang diberikan supaya ia berbaloi dengan gaji yang kita bayar dan beberapa perkara lain yang kita beri percuma seperti makan dan tempat tinggal. Dahulukan rakyat kita.

WARGA KOTA KITA

Taman Puncak Jalil 2

1 comment:

  1. gaji pekerja cuci dekat R&R pun tak sampai RM400.
    Kalau tak percaya, cuba tanya kakak2 yg berbangsa India di R&R PLUS. Sian diaorang, takde sapa nk bela dia org.
    Sedih bila aku tanya dia gaji berapa, dia cakap RM280 je...!!! Mcm mana nk idup...
    Sampai hati majikan dia bagi byk tu je...
    RM280 byr nie n byr tu, abih la....
    Amah gaji pun kurang2 RM400 & makan pakai majikan tanggung... RM400 tu kira bersih la.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...