terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 13, 2010

Pegawai Pelajaran berjawatan tinggi lagak mandur, beri tugas bebankan guru


SEJAK akhir-akhir ini sering kedengaran suara guru mengeluh kononnya dibebankan dengan banyak tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

Tidak kurang pula terus merayu dan meminta agar skim perkhidmatan guru ditambah baik, gaji dinaikkan dan bermacam-macam lagi permintaan. Persoalannya, benarkah guru dibebankan dengan pelbagai tugas yang tidak sewajarnya mereka lakukan?

Sebagai seorang guru yang sudah berkhidmat melebihi 34 tahun, saya dapat rasakan bahawa sejak diwujudkan terlalu banyak jawatan kenaikan pangkat untuk guru sama ada di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan di sekolah, semakin banyaklah arahan dan kerahan diterima oleh guru di sekolah.

Semua pemegang jawatan itu seolah-olah menurunkan kuasa mereka kepada guru saja. Kebanyakan pemegang jawatan ini hanya menjadi ‘mandur’, sentiasa berfikir untuk melaksanakan pelbagai program tetapi tugas mereka hanya sekadar membuat kertas kerja tetapi yang dikerjakan ialah guru.

Tidak hairanlah, jika guru di sekolah dibebani dengan tugas tidak sepatutnya mereka laksanakan sedangkan tugas hakiki guru ialah mengajar di bilik darjah.

Jika guru melaksanakan tugas mengajar dan aktiviti kokurikulum saja, tentulah tugas mereka tidak seberat mana.

Sebagai contoh, jika pihak sekolah ingin menjemput pengarah pelajaran atau pegawai pelajaran daerah datang ke sekolah untuk merasmikan sesuatu acara, guru terpaksa melatih pelajar untuk membuat persembahan, raptai perbarisan, menyusun dewan, menyediakan jamuan, sediakan teks ucapan dan bermacam-macam lagi agar pegawai yang hadir rasa dihargai.
Selain itu, kurangkan bilangan pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, cukuplah sekadar ada pegawai pelajaran dan dua tiga orang penolongnya saja, yang lain kembalikan ke sekolah untuk mengajar. Pihak kementerian sewajarnya menambah bilangan jemaah nazir untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Apa yang berlaku sekarang, semua pegawai jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah pergi ke sekolah untuk melihat guru di bilik darjah, tetapi malangnya kebanyakan daripada mereka semasa menjadi guru tidak sehebat manapun, maka jika mereka ke sekolah tidak ramai guru menghormatinya kerana latar belakang mereka amat diketahui.

Begitu juga dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang tinggal sebagai gajah putih. Setiap PKG sekurang-kurangnya ada empat pegawai yang kurang berfungsi. Kembalikan mereka ke sekolah untuk mengajar agar beban tugas guru dapat dikurangkan.

Hakikat yang jelas, semakin ramai pegawai maka semakin banyak arahan dan semakin kurang guru mengajar.

GURU C2 1976,
Batu Pahat, Johor

5 comments:

  1. Betul-betul-betul....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Memang betul cakap cikgu. Isteri saya juga seorang mantan guru. Kesian beliau yang terpaksa melakukan berbagai tugas selain mengajar. Sekiranya ada masa terluang, sila layar coretan beliau di sitiroffinimy.blogspot.com.

    ReplyDelete
  3. Tugas Guru

    1. Merancang/menyedia rancangan pengajaran dan pembelajaran
    2. Mengajar
    3. Menyemak kerja kerja pelajar
    4. Menanda kertas peperiksaan
    5. Menguruskan kurikulum dan kokurikulum /
    perkembangan kanak kanak
    Tugasan ini pun sudah cukup membebankan dan membuat guru guru stress. Jadi guru jangan lah diganggu daripada menjalankan tugas utama mereka. Nampak mudah !! kalau mengajar sekadar untuk dapat gaji hujung bulan memang la mudah

    Tugasan tugasan lain ? Bullshit, Hanya sekadar mau memenuhkan tong sampah. Itu hanya impian pegawai atasan untuk membuktikan kecemerlangan mereka.. Ada diantara mereka ini semasa menjadi guru, pun malas nauzubilah, bila jadi pegawai, tunjuk lagak .... hipokrit

    Mantan

    ReplyDelete
  4. betul. setuju dengan tulisan dan ulasan ini.
    yang di atas sentiasa memberi arahan. tambahan pula ,apabila mesyuarat gb mengambil masa yang terlalu lama untuk berucap. guru-guru dah tak dapat nak ambil perhatian.

    ReplyDelete
  5. Tuan blog...Saya Setuju dgn mantan dan C2..
    Kadangkala ada benarnya pegawai2 di PPD dan JPN lebih sudu dari kuah. Diarahkan guru kepada perkara yg bukan hakiki iaitu mengajar murid/pelajar. Pegawai PPd pun bukan bagus sangat masa sebagai guru...majoriti penghuni PPD atau JPN ialah kalangan guru sambung belajar. Mereka bukan frest graduate (SPM cream group)kerana jadi cikgu lah mereka dapat sambung belajar buat degree. Itupun sijil guru dinaik taraf secara automatik menjadi diploma. Tengok lah Pegawai2 tu dah usia 30, 32, 35, 40 baru dapat ijazah, lepas tu kelam kabut buat masters sebab dah rasa tertinggal.
    Jadi dicadang biar pegawai di PPD dan di JPN mestilah dikalangan cream group-frest graduate...baharulah pentadbiran pun gred 1...tak ada lah macam nak membuli guru disekolah sedangkan dari segi gred guru yang diarah itu lebih tinggi Gred nya dari Penolong PPD, ketua unit ataupun ketua sektor..

    oleh
    utuh si hayam hirang

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...