terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 22, 2010

Pentadbir sekolah wajar ubah sikap

MERUJUK laporan akhbar ini bertarikh 13 Mei lalu, Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa kajian mengenai beban guru akan diketahui keputusannya pada minggu berikutnya.

Walaupun kajian beban guru sudah diketahui, masalah beban guru di sekolah tidak dapat diselesaikan selagi pentadbir tidak mengubah sikapnya.
Selain guru diarah mengajar dalam kelas dan kelas tambahan waktu petang, guru juga ‘dipaksa’ menghadiri mesyuarat dengan pengetua tiga kali seminggu dan taklimat dua kali seminggu.
Dalam mesyuarat dan taklimat ini hanya mendengar syarahan pengetua mengenai perkara sama. Kalau tidak cukup lima hari dalam seminggu terpaksa dibuat pada Sabtu.

Pihak sekolah juga akan mengarah guru membuat kerja tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti persiapan menyambut pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sempena Hari Q sekolah.

Pihak Kementerian Pelajaran perlu memantau sekolah di Putrajaya setiap Sabtu kerana ada sekolah mengadakan aktiviti pada Sabtu sedangkan ia boleh dibuat pada hari sekolah.

BAKAL DG48, Pinggiran Putra, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...