terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 18, 2010

Petronas tidak telus?

SEJAUH manakah prestasi Petronas memainkan peranan membantu syarikat-syarikat bumiputera terutama bagi bisnes dan kontrak yang bernilai tinggi? Persoalan ini dibangkitkan kerana banyak rungutan daripada usahawan bumiputera, termasuk syarikat yang berdaya maju, berpengalaman dan mempunyai modal.

Antara yang menjadi perhatian ialah Petronas Trading CorporationSdn. Bhd. (Petco), salah satu bahagian di bawah Petronas yang mengendalikan urusniaga import dan eksport Petroleum dan bahan bakar.

Berdasarkan maklumat dalam industri, Petco adalah sebuah bahagian yang dianggap eksklusif dan tidak boleh ‘disentuh’ oleh mana-mana pihak dalam pengurusan Petronas.

Bahagian itu mempunyai kuasa tersendiri bagi menentukan siapa yang layak mendapat kontrak dan bisnes.

Yang ingin dibangkitkan apakah benar Petco hanya membuka pintu kepada syarikat gergasi yang telah kaya raya sehingga membentuk kartel?

Persoalan lain, mengapa syarikat gergasi berkenaan yang kesemuanya bukan Melayu, boleh berterusan mendapat kontrak selama berdekad-dekad dengan Petronas?

Saya ingin bertanya berapakah syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Petco? Jika apa yang saya nyatakan ini salah, harap dibetulkan dan diperjelaskan oleh Petronas.

Malah ada cakap-cakap yang berlegar bahawa Petco memihak kepada syarikat gergasi berkenaan atas sebab-sebab tertentu. Apakah berlaku amalan tadbir urus yang negatif dan mungkinkah ada perkara yang tidak kena seperti rasuah?

Saya berharap itu semua tidak berlaku dan berdoa para pegawai kanan terutama di Petco mendokong integriti. Adalah tidak adil untuk mengaitkan mereka dengan gejala negatif selagi tidak dibuktikan.

Maka saya mencadangkan agar kerajaan dan Petronas sendiri menyiasat semua aspek termasuk apakah benar Petco hanya ‘mesra’ kepada syarikat gergasi tertentu. Ini meliputi aset dan kekayaan yang para pegawai kanan bahagian itu miliki.

Siasatan itu perlu agar nama baik Petco dan Petronas tidak tercemar. Saya percaya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Sulaiman, akan bersikap terbuka dalam melihat hal tersebut.

Sebagai peneraju baru, saya yakin beliau mampu membetulkan sebarang kelemahan dan kepincangan jika ada. Beliau perlu meleraikan misteri yang ada di bahagian tertentu Petronas.

Semoga beliau menjawab segala persoalan yang dibangkitkan ini.


Ampang, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...