terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 20, 2010

Rundingan untungkan sebelah pihak

TAHNIAH kepada pembantu rumah Indonesia. Hasil rundingan kedua-dua negara lebih memihak kepada mereka.

Pembantu rumah Indonesia pasti bersorak gembira kerana mendapat cuti mingguan dan berhak menyimpan pasport.
Majikan di Malaysia, bersedialah menghadapi segala kemungkinan kerana dibimbangi ia juga membawa beberapa masalah lain.
Bila-bila masa saja mereka boleh angkat kaki meninggalkan majikan kerana pasport dalam simpanan dan langkah mereka lebih panjang kerana berpeluang bercuti seminggu sekali serta berjumpa dengan rakan senegara lebih kerap.
Ini akan lebih membuka mata mereka untuk menuntut itu dan ini.

Tuntutan gaji RM800 walaupun setakat ini belum berkeputusan, saya yakin ia juga akan dipenuhi akhirnya.

Mengapa kes penderaan pembantu rumah oleh majikan rakyat Malaysia selalu mendapat tempat sedangkan kes salah laku dan jenayah mereka dibiarkan sepi.
Saya rasa sudah sampai masanya kita tidak bergantung tenaga kerja dalam apa juga sektor kepada rakyat asing.
Biarlah kita kurang maju daripada tidak selesa tinggal di negara sendiri yang dipenuhi warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai negara mereka.

WONG KHOO LAI,
Kulai,
Johor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...