terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 18, 2010

Syor siar johan tilawah al-Quran

SEJAK akhir ini, saya mendapati menjadi kecenderungan di rangkaian televisyen menyiarkan klip video penyanyi era 80-an dan 90-an.

Antaranya penyanyi Aisyah, Saleem, Imuda dan Mr Os, menjadi pilihan stesen televisyen untuk menyiarkan karya mereka yang menjadikan mereka terkenal suatu masa dulu.
Begitu juga dengan filem lama lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan beberapa artis veteran lain yang diulang tayang sehinggakan murid Tahun Satu pun boleh menghafal dialog mereka.
Bagaimanapun, saya berasa kecewa apabila mereka yang juga pernah mengharumkan nama negara dalam bidang keagamaan seperti tilawah al-Quran tidak mendapat penghargaan sedemikian.

Sebagai contoh, Allahyarham Datuk Ismail Hashim yang pernah lapan kali menjadi johan tilawah pada peringkat antarabangsa, begitu juga Ahmad Maasom Pergau, johan tilawah peringkat antarabangsa yang pertama serta deretan qariah negara lain.

Agak mengecewakan, tidak pernah sekalipun RTM mahupun stesen swasta menyiarkannya, sedangkan mereka sebenarnya mempunyai ribuan peminat di seluruh tanah air khususnya generasi muda yang hanya mendengar nama, tetapi tidak pernah melihat mereka memperdengarkan bacaan di kaca televisyen.

Saya amat berharap agar pihak arkib negara, filem negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan untuk menyemarakkan lagi budaya cintakan al-Quran di negara ini.
PEMINAT QARI,
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...