terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 12, 2010

Akibat Mak Bapak hari ni yang suka sangat membela bila anak buat salah..


SEJAK kebelakangan pasti ada berita mengenai kerenah ibu bapa yang melenting apabila anak mereka didenda di sekolah. Inilah antara sifat ibu bapa zaman sekarang. Amat berbeza dengan ibu bapa zaman saya masih bersekolah dulu. Ibu bapa dulu amat tegas dan menitikberatkan disiplin anak. Anak akan berada di rumah sebelum Maghrib dan terus masuk tidur selepas mengulang kaji pelajaran.

Maghrib dan Isyak adalah untuk beribadah bersama keluarga. Nilai sebeginilah menentukan akhlak remaja. Sebab itulah saya kini menjadi ‘orang’, bukannya penagih, perogol atau penyamun.
Dulu, di sekolah kita takut untuk melakukan kesalahan. Bimbang kena denda dengan guru dan apabila pulang, ibu atau bapa pula menghukum atas kesalahan sama. Namun kini, pelajar semakin berani melanggar disiplin, melawan arahan guru serta melakukan kesalahan sesama pelajar kerana tahu tidak akan didenda dan guru kini sudah tidak ambil pedulikan mereka. Puncanya, apabila ibu bapa selalu menyalahkan sekolah apabila anak didenda walaupun hukuman itu hanyalah untuk menyedarkan pelajar.

Banyak kes ibu bapa menyerang guru hanya disebabkan hukuman kecil seperti memotong rambut. Ibu bapa menyalahkan guru tanpa usul periksa. Mereka terlalu memanjakan anak serta terlalu percaya kata anak mereka. Ada juga ibu bapa menggunakan media untuk menghentam sekolah dan turut mengheret kementerian berkaitan. Ibu bapa juga berani menggunakan ahli politik semata-mata untuk mempertahankan kesalahan anak mereka. Institusi pendidikan kini bagaikan tempat berpolitik bagi ibu bapa, mencari publisiti di akhbar serta tempat melepaskan geram bagi pihak anak. Tiada lagi rasa hormat kepada guru, yang ada hanya syak wasangka. Apabila anak ‘naik lemak’, ibu bapa tidak menghormati guru dan guru takut mengambil tindakan maka pincanglah sistem pendidikan. Hasilnya lahirlah generasi tidak takut undang-undang, pemberontak, melanggar tatasusila dan tidak mengenal halal dan haram.

BUKAN GURU, Cheras

1 comment:

  1. kalau macam tuh.. apa tindakan kita?

    fahmi,Bukan Remaja

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...