terima kasih buat kalian semua..

Thursday, June 3, 2010

Biarkan je pompuan2 yg dibawak lari ke Lombok..nak selamatkan buat paa...

MELIHAT paparan disiarkan di media massa berhubung gejala anak gadis Malaysia dibawa lari oleh jejaka Lombok ke kampung asal mereka di Lombok, Indonesia pelbagai persoalan dan tanda tanya timbul.

Apakah hebat benar jejaka dari tanah seberang itu? Adakah lemah benar pegangan agama dan akhlak gadis Melayu kita? Atau gejala ini hanya berlaku pada musim tertentu.
Kita memahami bahawa tujuan asal pemuda dari Lombok ini datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki halal di samping mencari tempat berteduh

Tidak juga kita nafikan bahawa mereka ini ada niat sampingan yakni di samping membawa pulang rezeki untuk keluarga di kampung, juga dibawa pulang calon isteri. Ini bagaikan satu pakej bagi pemuda Lombok itu di mana rezeki pun dapat, isteri pun dapat.

Soal jodoh bukanlah di bawah takluk kita sebagai manusia biasa. Jodoh dan pertemuan itu adalah kudrat dan iradat Ilahi. Namun, bolehkah kita berterusan membiarkan gejala membawa lari anak gadis ini dari berleluasa? Cara ini langsung tidak menurut hukum syarak.

Usahlah kita mempedulikan mengenai adat dan budaya yang berakar tradisi di Lombok itu kerana sekali mereka menjejak tanah Malaysia ini, mereka harus tahu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Mengapa pula harus kita hormati budaya mereka ini? Adakah mereka ini menghormati budaya dan adat resam kita? Sebenarnya mereka langsung tidak mengambil peduli soal ibu bapa, keluarga dan saudara mara si gadis malang itu.
Alasan jejaka Lombok ini untuk menunjukkan kejantanan, yakni satu aspek kehebatan atau karisma yang patut ada pada seorang lelaki hanya masuk akal pada mereka dan sekali-kali tidak pada kita yang berpegang kuat kepada agama dan adat resam kita.

Matlamat tetap tidak dapat menghalalkan cara. Berburuk sangka ada baiknya jika ia dapat menyelamatkan maruah gadis Melayu kita dari dilarikan oleh jejaka yang bukan mahramnya.

HAZIMY HASSAN,
Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...