terima kasih buat kalian semua..

Monday, June 7, 2010

Diesel di Malaysia Berkualiti Rendah dan tidak sesuai untuk kenderaan????


Pengeluar kereta terkemuka Perancis, Peugeot tidak menolak kemungkinan akan memperkenalkan model kereta berenjin diesel di Malaysia pada masa hadapan.

Ketua Pengarah Negara-negara ASEAN dan Pasifiknya, Lionel Faugeres berkata, pihaknya akan berbuat demikian sekiranya mutu diesel yang terdapat di Malaysia lebih baik berbanding sekarang.

''Pada masa ini, kualiti diesel di Malaysia masih tidak sesuai dengan enjin yang dikeluarkan Peugeot, meskipun kami merupakan peneraju dalam pengeluaran kereta dengan enjin diesel.

''Sekiranya, suatu hari nanti Malaysia mengeluarkan diesel yang mencapai spesifikasi Peugeot, kami pastinya akan memperkenalkan kereta berenjin di sini,'' katanya pada taklimat media mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 di Kuantan, baru-baru ini.

Peugeot 3008 (gambar) akan dilancarkan pada 7 Jun ini oleh Nasim Sdn. Bhd, pengedar utama Peugeot di negara ini. Kereta berkenaan bakal dijual pada harga sekitar RM150,000 di atas jalan.

Difahamkan, pada masa ini, kualiti diesel di Malaysia adalah pada paras Euro 2M iaitu berkualiti rendah dengan mempunyai kandungan sulfur yang tinggi berbanding Euro 4M atau Euro 5M berkualiti tinggi digunakan di kebanyakan negara-negara Eropah.

Enjin diesel kereta Peugeot hanya sesuai digunakan dengan diesel berkualiti tinggi yang terdapat di Eropah. Mengulas tentang Peugeot 3008, Faugeres berkata, pihaknya berhasrat untuk memperkenalkan beberapa model lagi pada tahun ini selepas pelancaran SUV terbaharu.

2 comments:

  1. diesel di malaysia bukan berkualiti rendah..cuma specifikasi engine pengeluar kereta telah di tetapkan kepada euro 4 utk alam sekitar.

    ianya seperti minyak petrol menggunakan lead dulu & kerajaan memperkenalkan unleaded..ron 95, 97 etc..

    petronas melaka telah menaiktaraf kilang pengeluaran minyak mereka kepada standard euro 4. jadi tiada isu ianya berkualiti rendah..tapi aku for sure puak-puak pembangkan akan guna isu ini kata malaysia bagi minyak tak ada kualiti..hahaha...

    satu lagi..kebanyakkan engine diesel baru yg ada di pasaran malaysia adalah berkapasiti euro 4..mcm hilux..triton etc..

    kalau euro 5..aku rasa belum ada lagi kot..maybe merc akan keluarkan di malaysia..

    ReplyDelete
  2. Diesel yang dijual di Malaysia bukan koman sangat tetapi gratenya rendah sikit.yang membuatkan asap kereta kita teruk adalah kita sendiri,terlalu kedekut untuk service pada masa yang patut.penapis udara hendaklah dibersehkan pada setiap minggu,baru engine mendapat udara yang secukup untuk pembakaran (complate combastion).fuel pump hendaklah di service setiap dua tahun,injector di service tiap enam bulan.barulah keadan engine ini sempurna.tukar minyak pelincir tiap dua bulan.kereta yang dibawah usia lapan tahun kebawah boleh kita kira mileage untuk tukar minyak.sekira kita mengikut cara yang betul asap akan kurang. Puspakom/alam sekitar melakukan analisa exhaust gases keatas kenderaan engine diesel bukan cara yang tepat. harap pihak ini menyemak kembali cara yang tepat dari manual atau pakar tentang cara yang betul menganalisa exhaust gases.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...