terima kasih buat kalian semua..

Sunday, June 13, 2010

Kenaikan pangkat, imbuhan untuk kakitangan awam tidak sistematik dan berbeza2..


SAYA sebagai penjawat awam terkilan dengan rungutan rakan dalam kumpulan pengurusan dan profesional, juga kumpulan sokongan dalam ruangan ini. Daripada skop pekerjaan, saya yakin semua pihak melaksanakannya sebaik mungkin, namun semestinya kakitangan awam mengharapkan imbuhan terutama kenaikan gaji. Ramai yang membandingkan perbezaan dan menuding jari tanda tidak puas hati antara satu sama lain

Saya melihat fenomena ini tidak baik untuk kakitangan awam, namun yakin dakwaan mereka juga ada asasnya dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana ia mencerminkan ketidakadilan yang dirasakan berlaku dalam sektor awam.
Tahniah diucapkan kepada ‘Padi Bunting Tunduk ke Bumi’ yang begitu cepat mendapat DG48 di awal usia 30-an, namun keluhan mereka yang lebih 10 tahun berkhidmat dalam DG41 yang berusia 40-an pun masih ramai belum dilantik DG44. Apakah ia berpunca daripada pengurusan bahagian berkenaan yang lembap atau ada sektor tertentu dalam perkhidmatan awam yang menawarkan peluang kenaikan pangkat lebih cepat seperti dinikmati ‘Padi Bunting’ di Putrajaya? Ia antara contoh yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak terbabit. Biarlah kenaikan pangkat atau gaji serta imbuhan diberikan dengan adil tanpa menimbulkan fenomena menuding jari sesama sendiri. Adalah nyata ada masalah, kelewatan dan perbezaan ketara dalam proses kenaikan pangkat dan pemberian imbuhan perkhidmatan awam.
SHARULIMAN, Bangi

7 comments:

  1. memang betul..kenaikan pangkat dan gred di perkhidmatan Awam macam ada 'kasta'..macam saya nie berada d gred 38 gaji dah cecah dinding pencen lambat lagi...fikir2kan lah moral untuk berkerja kalau dah macam nie...untung bagi mereka berada di kem/jabatan yang ditatang bagi minyak yang penuh...

    ReplyDelete
  2. Kat tempat saya tu PBT paling top diMalaysia Bred 38 makan gaji buta

    ReplyDelete
  3. salam...

    saya su..saya turut membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh saudara sharuliman dri bangi.sememangnya pihak yang BERKUASA perlu memandang serius tentang perkara ini.Contohnya kalau kita lihat ramai di antara penjawat awam contohnya guru2 yang mengeluarkan duit sendiri untuk belajar sehingga ke pringkt master mahupun phd.tapi apa yang mereka dapat.malah guru yang ada ijazah master masih di takuk dg 41.memohon untuk menjadi pensyarah pun sukar.jadi di manakah keadilannya.Guru sanggup berkorban menghabiskan wang ringgit, tenaga serta mengenepikan kaum keluarga semata-mata menuntut ilmu untuk dihamburkan pula kepada anak bangsa.apa yang kerajaan buat? yg ada master perlu lah diiktiraf untuk kenaikan pangkat 44 secra langsung demi menaikkan semangat

    ReplyDelete
  4. Memang betul.... dah berkerja berpuluh-puluh tahun masih sama... tak adil....

    ReplyDelete
  5. dlm kes ini golongan ptd adalah paling bertuah mereka umpama anak emas kakitangan kerajaan. ramai dari mereka dlm masa 7-10 tahun sudah bergred m48. paling malang rasanya golongan teknikal dari kumpulan J dan C. Ramai yg sudah bekerja lebih 10 tahun pun masih gred 41. alasan mudah kerana tiada kekosongan utk kenaikan pangkat. kalau itu alasannya kenapa tidak disamakn dgn golongan ptd? kalau ikut masa belajar degree golongan teknikal ini lebih susah. tapi bila dah kerja pun depa susah nak naik pangkat hehehe

    ReplyDelete
  6. dah tu kalau komplen sini jer tak daper per2 gak, jom pakat htr kat JPA, hantar ramai2 kita tak der kesepakatan dlm hal ni, tu yang terzalim dan tertekan sokmo

    ReplyDelete
  7. Tuan blog...
    Setuju dgn paloibenmulau....PTD mudah naik pangkat....kalau nak naik kan secara mudah pun syaratkan la ada Masters ke, PhD ke. Ini tak dgn modal ijazah sarjana MUDA + diploma Intan jer. Kalau kerja tip-top pun mesti ingat ....itu support dari group lain gred 29, 32,38 jugak...Bior le gred besaq degree pun besaq. Koman-koman mau ada pangkal Dr. kat depan nama.....baru PTD boleh cakap degar2 kita pun syok dengar....

    rinjinghirang.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...