terima kasih buat kalian semua..

Thursday, June 3, 2010

Minta Petronas, Petco berikan jawapan lebih telus, terperinci


SAYA ingin mengucapkan terima kasih di atas jawapan ringkas yang diberikan oleh unit perhubungan awam Petronas terhadap pertanyaan dan kemusykilan saya mengenai isu yang saya bangkitkan iaitu fungsi Petco terhadap pemberian kontrak kepada pengusaha Bumiputera serta ketelusannya terhadap pemberian kontrak kepada syarikat yang berdaftar dengan Petco baru-baru ini.

Namun, ingin saya tegaskan dan berharap kepada pihak pengurusan tertinggi Petronas dan juga Petco agar dapat memberikan jawapan yang lebih telus dan terperinci terhadap soalan saya tempoh hari.

Ini kerana jawapan dan maklumat yang diberikan sebelum ini tidak memuaskan. Ia sekadar ingin menutup atau menyembunyikan kesalahan. Saya sebagai rakyat Malaysia berhak bertanya dan mengetahui fungsi Petronas dan Petco terhadap usahawan dan kontraktor Bumiputera.

Soalan:

1) Saya ingin pihak pengurusan tinggi Petronas dan juga Petco menyenaraikan syarikat-syarikat yang mendapat sejumlah kontrak daripada Petco selama ini.

2) Berapa jumlah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Petco dan telah berjaya diberikan kontrak. Berapa jumlah atau nilai kontrak tersebut dan berapa jumlah syarikat yang bukan Bumiputera mendapat kontrak daripada Petco selama ini dan nyatakan nilai kontrak tersebut.

3) Saya juga difahamkan 'ada' terdapat satu kumpulan atau 'cartel' sahaja yang mendapat kontrak-kontrak tertentu yang bernilai ratusan juta ringgit. Yang mengecewakan saya, ia bukanlah syarikat Bumiputera dan kekerapan syarikat tersebut diberikan kontrak yang bernilai tinggi amat memusykilkan saya. Apakah tidak ada syarikat Bumiputera yang mampu melaksanakan kontrak tersebut atau ada agenda peribadi yang tersirat terhadap pemberian kontrak tersebut?

Ghazali Zainal Abidin

Ampang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...