terima kasih buat kalian semua..

Monday, June 7, 2010

Perjuangan Cuepacs abai kumpulan pengurusan, profesional


SAYA menyokong penuh tulisan Amirul bertajuk Perjuangan Cuepacs patut sama rata yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu. Nampaknya, Cuepacs lebih memberi keutamaan kepada kumpulan sokongan dan mengabaikan kumpulan pengurusan dan profesional.

Seperti dinyatakan Amirul, kumpulan sokongan diberi kenaikan gaji antara 25 hingga 35 peratus, sedangkan kumpulan pengurusan dan profesional hanya menerima kenaikan sekitar 10 peratus.
Ia bermakna perbezaan gaji antara dua kumpulan itu sudah semakin hampir. Apalah maknanya bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional yang terpaksa bersusah payah belajar hingga ke peringkat tinggi jika gaji mereka semakin menguncup.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Amirul bahawa ramai kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana.

Malang sekali dalam perkhidmatan kerajaan, walaupun memiliki ijazah sarjana tetapi tidak diambil kira langsung untuk kenaikan pangkat. Apatah lagi kalau ketua atau bos sendiri tidak memiliki kelulusan sedemikian.

Mereka tidak berasa susah payah dan jerih pedih seseorang yang menimba ilmu. Perasaan untuk memberi penghargaan tidak wujud sama sekali. Kakitangan yang mempunyai kelulusan lebih rendah diberi kenaikan pangkat dengan mudah tanpa memiliki kelayakan akademik sewajarnya.
Walaupun Presiden Cuepacs tergolong dalam kumpulan sokongan, sebagai presiden beliau seharusnya memperjuangkan nasib untuk semua penjawat awam tanpa mengira kumpulan diwakili.

Oleh itu, saya berharap akan ada perubahan selepas ini. Janganlah kerana memperjuangkan nasib kumpulan sokongan hingga menyebabkan kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berasa jauh hati, kecewa dan terpinggir.

PENJAWAT AWAM SETIA,
Kuala Lumpur

3 comments:

  1. sokong dengan pandangan ini.. jangan esok semua orang tak mahu belajar tinggi-tinggi sebab jurang beza dari sudut pendapatan tiada. lebih-lebih lagi kalau belajar hingga ke ipt kena bayar hutang ptptn dll. kalau setakat spm dan stp, kalau hutang pun tak sebanyak bayar ptptn.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan pendapat saudara, saya rasa sudah tiba masanya untuk golongan P&P untuk melantik wakil @ ketua yang ikhlas berjuang untuk semua kakitangan awam bukan hanya melihat kepada kump. sokongan sahaja. Mungkin Presiden Cuepacs sekarang terlalu mementingkan kumpulan sokongan sehingga beliau terlupa bahawa pengorbanan dan beban kerja yang ditanggung golongan P&P. Perlu diingat, tonggak kejayaan pentadbiran kerajaan sekarang adalah penjawat awam, yang mana kerjasama P&P dan Sokongan adalah amat penting.

    Kerajaan juga harus melihat secara rasional tentang golongan P&P yang banyak terlibat dalam menentukan halatuju sesuatu Jabatan/Agensi. Jika Cuepacs sekadar memperjuangkan nasib pekerja sokongan, lebih baik P&P menubuhkan persatuan sendiri yang mampu memperjuangkan nasib P&P.

    Disini saya tegaskan, bukanlah golongan P&P itu terlalu mengharapkan ganjaran, tetapi biarlah ianya setimpal dengan segala usaha dan kerja keras oleh golongan P&P dalam memajukan perkhidmatan awam. Cuepacs perlu bertindak adil dan rasional tanpa mengira kedudukan golongan dalam perjawatan awam. Jangan lupa, peranan kami P&P lebih meluas dan penting dalam perkhidmatan awam, namun kerjasama daripada kump. sokongan amatlah dihargai. Kepada Cuepacs, nasihat saya berjuanglah dengan adil dan saksama...

    Penjawat Adil
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  3. Tuan Blog...
    Setuju dgn entri ini. Lihat kumpulan PTD sudahlah. Berapa peratus sahaja dari keseluruhan kakitangannya yang mempunyai Sarjana atau PhD dibanding kumpulan Profesional lain. Apa cukup sekadar diploma yg dikeluarkan oleh INTAN. Jadi dicadang 50 peratus PTD mesti mempunyai Sarjana dan 10 peratus mempunyai PhD baharulah pengurusan PTD mantap tidak lesu dgn ilmu kemanusiaan yg ditimba pada usia 20-24 tahun sahaja. Refrest brother...

    S48+N44

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...