terima kasih buat kalian semua..

Friday, June 18, 2010

Sistem kupon letak kereta menyusahkan


SELEPAS sekian lama mendengar rungutan demi rungutan mengenai sistem kupon letak kereta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), tergerak hati saya menulis dalam ruangan ini untuk perhatian pihak yang berkenaan. Dalam usaha kerajaan untuk memastikan jabatan dan badan berkanun menuju ke arah negara maju pada 2020 yang berpaksikan digital, nampaknya MBI tercorot ke belakang dengan mengamalkan sistem kupon letak kereta secara manual

Cuba bayangkan, setiap kali meletak kereta, pengguna perlu gores kupon di petak tahun, bulan, hari, jam, minit dan tanda AM atau PM dan mempamerkan atas ‘dashboard’. Sebelum itu, perlu mencari ejen menjual kupon letak kereta dulu. Cuba bayangkan jika pelancong yang baru datang ke Ipoh, akan pasti menimbulkan masalah baginya. Jika MBI menggunakan sistem meter letak kereta, ini lebih memudahkan. Masuk duit syiling, tinggalkan kereta dan jalan. Satu lagi kelemahan sistem kupon ini ialah terdedah disaman oleh staf yang tidak rasional dan bertimbang rasa dalam menjalankan tugas. Apa tidaknya, jika tersilap gores di petak lain kena saman atau tercalar pun kena saman. Dalam hal ini, MBI perlu mengambil pengajaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri lain, contohnya MPKB Kelantan. Mereka menggunakan sistem letak kereta bermeter yang bukan saja pengguna boleh membayar dengan duit syiling, malah boleh guna kad pintar. Sistem ini bukan saja canggih, malah menyenang dan menjimatkan masa dan wang. Jika hendak meletak kereta selama lapan minit masuk duit 10 sen, 20 minit (20 sen), 30 minit (30 sen) dan seterusnya. Berlainan pula dengan kupon yang paling murah 30 sen untuk setengah jam, walaupun mahu meletak kereta 10 minit saja. Saya melihat kebaikan sistem kupon ini lebih menguntungkan MBI kerana tidak perlu jalankan kerja senggaraan meter letak kereta. Cuma keluarkan sedikit modal cetak kupon dan beri komisen kepada ejen penjual. MINS2002, Ipoh

7 comments:

  1. tak rasional sungguh...taraf bandaraya tapi pakai kupon...

    ReplyDelete
  2. matahati
    Kami di seberang perai juga begitu..bodoh punya PBT.tiada akai..

    ReplyDelete
  3. Baru-baru ni saya pergi Sitiawan (Majlis Daerah Manjung) pun guna cara yang sama. Haprak betul, mula-mula kena cari kedai jual kupon,gores dan pamer. Nak parking sekejap jer, tapi kena beli satu buku kupon dengan harga RM2.

    ReplyDelete
  4. bullshit, sekarang clamp keta..parking keta tak cukup, pastu saman..bullshit
    hope pakatan win and clear MBI summons

    ReplyDelete
  5. hangpa semua kat atas laa haprak n bodoh n takdak akai...memang taraf bandaraya la pakai kupon, Singapore pun pakai..kalau taknak parking bayar caj pi la duduk dalam hutan...kalau pakatan menang pun sama gak malah entah entah lagi teruk...dulu masa menang pegi batalkan saman apsal...hasil PBT berkurangan, mana nak cekau duit untuk wat projek rakyat...menyembah ngeh n ngok yea...kalu pakai meter hangpa tau tak berapa kos MBI n PBT untuk tanggung caj baiki meter rosak sebab vandalisme...ni la cakap tak pakai otak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru kena saman sebab masalah kupon parking. Saya orang luar, nak lawat Ipoh hujung minggu...tak tau pulak ada sistem parking berkupon, kalau kat Kedah kitorang dah pakai parking meter...lebih efisen & tidak membebankan orang luar.

      Nampak sangat kerjaan PAS di Kedah lebih berjiwa rakyat berbanding kerajaan BN di Perak...

      Kah kah kah!

      Delete
  6. Saya kena kompaun RM40 sebab parking berkupon. Saya orang luar, melawat Ipoh hujung minggu...memang betul kata blogger ni...amat menyusahkan pelancong/orang luar. Sepatutnya sistem parking bermeter digunakan.

    Di Singapore memang sesuai gunakan sistem kupon sebab pengangkutan awam dah mantap...nak keluar tak perlu bawa kereta...naik MRT ja...tapi di Ipoh terpaksa bawak kereta bila nak parking...garu kepala nak cari kupon.

    Di Kedah digunakan sistem parking bermeter...so far tak ada vandalisme ke atas meter parking, mungkin orang Kedah baik kot...atau mungkin Ustaz Azizan (PAS) pandai didik orang Kedah berbanding dengan YB Zambry (BN)...kah kah kah!

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...