terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, June 9, 2010

Sistem pertukaran kerja dan naik pangkat perlu diubah


SALAM sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong pandangan Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail dari Ampangan, Seremban mengenai peluang ibu bapa dekati anak-anak pada cuti sekolah di ruangan ini pada 8 Jun 2010.

Dalam cuti sekolah inilah, ibu dan bapa patut menghabiskan masa bersama dan bermesra serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Anak-anak memerlukan kasih sayang ibu bapa sepanjang, tetapi malangnya dalam zaman IT (zaman teknologi maklumat tanpa sempadan) sekarang, masih ada pihak pengurusan tertinggi sama ada swasta atau awam ‘mahu’ memisahkan ibu atau bapa dari keluarga mereka dengan alasan setiap kenaikan pangkat mesti berlaku perpindahan.

Cuba bayangkan berapa ramai ibu atau bapa yang kerap berulang alik setiap hujung minggu, musim perayaan atau musim cuti sekolah untuk bersama keluarga mereka di seluruh negara.

Jangan pula kita terikut budaya barat iaitu anak yang sudah boleh berdikari hidup sendiri jauh dari keluarga.

Bagi saya, produktiviti akan wujud dengan lebih cemerlang jika seseorang itu bekerja dekat dengan keluarganya, malah setiap masa atau hujung minggu, pekerja berkenaan akan memberi komitmen lebih kepada syarikat atau jabatan kerajaan berbanding dengan pekerja yang jauh dari keluarga mereka yang terpaksa menggunakan hujung minggu atau cuti am untuk pulang bersama keluarga.

Oleh itu, saya memohon supaya pengurusan tertinggi awam atau swasta membuat ketetapan iaitu membenarkan pilihan sama ada naik pangkat atau berpindah kerana kenaikan tidak semestinya memberi pulangan yang banyak kepada pekerja, malah duit banyak dihabiskan di jalan raya.

2 comments:

  1. kerja kalau hilang boleh cari kerja lain, tapi kalau anak anak yang hilang, susah nak ganti

    ReplyDelete
  2. Tuan Blog...
    Mana mahunya JPA/ PTD nak ambil pusing hal macam tu. Depa sebok nak mengejar GRED untuk diri sendiri sahaja. Itu mentaliti bahagian yg membuat dasar. Tak salah juga sebab ramai PTD ni sekadar mempunyai ilmu setakat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma INTAN yg mereka pelajari pada usia 20-24. Untuk lebih relevan PTD yg hendak cepat naik gred ke M48/52/54 diwajibkan memiliki Sarjana/Masters kalau ada PhD lagi bagus. Percayalah Gred besar M48/52/54/VU perlu seiring dengan Kelulusan yg besar juga. Tak lah sekadar contohnya Ijazah Sarjana Muda Geografi/Persuratan Melayu berjawatan Pengarah/Ketua Pengarah. Besar jawatan besar la kelulusan.
    Jika ini berlaku Pembuat Dasar akan lebih mantap, inovasi, relevan-hasilnya > sistem naik pangkan boleh diubah..

    tyt

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...