terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, June 9, 2010

Syarat kerja bersifat perkauman

SEJAK kebelakangan ini graduan lepasan universiti semakin bertambah dengan kapasiti peluang pekerjaan amat terhad di sektor swasta dan kerajaan. Malah, kadar pengangguran semakin meningkat saban tahun yang dilihat tiada kesudahan secara efektif.

Ini kerana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang semakin hari berlumba-lumba memperkenalkan kursus-kursus tertentu bagi mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib dan peluang pekerjaan yang bakal diisi oleh bakal graduan itu kelak.

Hal ini ditambah pula dengan sikap sesetengah majikan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak masuk akal serta dilihat memanipulasikan kaum tertentu, antaranya calon hendaklah fasih berbahasa Mandarin. Apakah tujuan utama syarat itu dikenakan? Adakah hanya untuk mengaburkan mata pelbagai pihak bahawa majikan terbabit hanya didominasi oleh satu kaum sahaja atau lebih tepat lebih kepada perkauman semata-mata?

Di manakah gagasan 1Malaysia yang memupuk semangat perpaduan antara kaum tanpa mengira warna kulit dan agama?

Terdapat juga majikan yang mahu calon mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun dua bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Perkara ini menindas graduan baru yang hanya berbekalkan kelayakan akademik dan tidak mempunyai pengalaman kerja.

Pihak majikan juga perlu sedar bahawa graduan terbabit telah menghabiskan masa selama tiga hingga empat tahun mengabdikan diri di gedung ilmu yang dinamakan universiti. Jadi, pihak majikan tidak mengambil kira keadaan itu? Jika tidak diberi peluang, bagaimana graduan baru memperoleh pengalaman kerja?

Oleh itu, saya menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa graduan itu sendiri dipersalahkan dan dijadikan penyebab utama masalah pengangguran. Sikap sesetengah majikan yang berat sebelah juga patut diambil kira dalam permasalahan ini. Saya harap pihak majikan perlu lebih berintegriti dalam mengenakan syarat-syarat pengambilan kerja kepada calon.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...