terima kasih buat kalian semua..

Thursday, June 24, 2010

Tau berapa harga iPhone 4 at US??


Telefon bimbit generasi baru iPhone keluaran Apple dijangka mendapat sambutan hangat apabila mula dipasarkan di negara ini esok dengan premis-premis yang menjualnya dijangka mencatat jualan laris.

"Permintaan awal untuk iPhone baru adalah luar biasa tinggi. Kami meramalkan berlakunya satu lagi 'acara Apple' yang menyaksikan orang berbaris panjang, premis yang sesak dan kehabisan stok," kata penganalisis pasaran Deutsche Bank, Chris Whitmore dan Joakim Mahlberg dalam satu nota kepada pelabur.

Apple mencatat rekod kehabisan jualan dalam sehari melalui tempahan iPhone dalam talian semasa pelancaran awal minggu lalu dengan 600,000 tempahan dalam masa 24 jam.

AT&T yang merupakan pengedar iPhone di Amerika Syarikat berkata, jualan pra-tempahan untuk iPhone 4 adalah '10 kali lebih tinggi daripada iPhone 3GS pada tahun lalu'.

Penganalisis Deutsche Bank meningkatkan jangkaan tentang jualan iPhone 4 dengan anggaran 44 juta unit dijual tahun ini dan 55 juta pada tahun depan.

Sebilangan orang telah pun mula beratur di luar Apple Store di tengah bandar San Francisco sejak Isnin lalu untuk menjadi orang pertama mendapatkan iPhone 4.

Di Jepun, pengedar telefon bimbit, Softbank turut berhadapan masalah pra-tempahan dengan barisan panjang menyerupai ular di premis-premisnya dan gedung dalam taliannya dibanjiri permintaan.

Ketua eksekutif Apple, Steve Jobs mengumumkan pelancaran iPhone baru itu awal bulan ini. Ia mempunyai ciri perbualan video, rakaman gambar dan video berdefinisi tinggi dan resolusi skrin yang lebih jelas.

iPhone 4 yang dijual pada harga AS$199 (RM644) bagi model 16 gigabait dan AS$299 (RM967) bagi model 32 gigabait, akan mula dipasarkan di 18 buah negara pada bulan depan dan 24 negara lagi pada Ogos ini. - AFP

3 comments:

  1. seharusnya ada kajian dibuat untuk menyatakan sebab musabab harga di malaysia dijual sehingga mencecah RM3000++...

    soalannya ...adakah perlu lagi GST??

    ReplyDelete
  2. Malaysia memang negara yang mengenakan cukai import dan eksais yang tinggi berbanding beberapa negara lain.Contoh kereta continental,merz dan BMW harganya sangat murah di England dan US,tetapi di Malasia berlipat kali ganda.Kereta keluaran Proton Malaysia harga di Malaysia lebih mahan daripada Proton yang sama di England.Inilah yang dikatakan pelek.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...