terima kasih buat kalian semua..

Thursday, June 3, 2010

Tidak setuju agihan 60-40 pembangunan Kampung Baru

PENING kepala saya memikirkan cadangan untuk membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur, dengan pembahagian 60 peratus Bumiputera dan 40 peratus lagi kepada bukan Bumiputera untuk lot komersial yang akan dibangunkan di kawasan perkampungan Melayu itu.

Mengapa ada pemimpin Melayu sibuk sangat hendak membuat pembahagian tanah dan harta orang Melayu yang sekangkang kera di tengah pusat bandar di ibu negara ini?
Mengapa perlu 60-40 peratus? Mengapa tidak 100 peratus kepada Bumiputra. Adakah Bumiputera tidak mampu?

Jika Bumiputera tidak mampu, tidak adakah agensi amanah orang Melayu seperti UDA dan MARA yang boleh membeli lot kedai ini dan menyewakan semula kepada orang Melayu dengan kadar munasabah atau kepada bukan Bumiputera, hanya dengan penyewaan dan bukan pemilikan terus.

Kampung Baru, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di ibu kota Kuala Lumpur yang masih kekal.

Ia perlu dikekalkan sebagai kampung atau bandar Melayu selepas ia dibangunkan. Nilai sejarahnya lebih tinggi daripada segalanya.
Mengapa sibuk kepada pembahagian 60-40, sedangkan bukan Melayu tidak sibuk pun mahukan hartanah di Kampung Baru ini.
Mungkin pembahagian 60-40 itu, beralasan bagi mempercepatkan pembangunan kawasan ini dan dapat menarik pelabur untuk melabur di Kampung Baru.

Itu alasan lapuk dan dungu. Kawasan ini jika dibangunkan dengan pemilikan 100 peratus Bumiputera pun akan tetap maju dan amat berdaya saing kerana lokasinya yang amat strategik.

Tidak ada orang korporat dan peniaga tulen akan melepaskan peluang ini jika mereka dibenarkan untuk menyewa lot kedai di kawasan ini. Mereka akan tetap menyewa.

Cadangan itu mungkin datang dari ketamakan pihak tertentu yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Mereka akan memberi pelbagai helah dan alasan bagi menjual semua harta dan maruah Bumiputera yang hanya berbaki begitu sedikit.

Akhir sekali, saya tetap tidak setuju dengan cadangan pembahagian itu, ia seharusnya 100 peratus milik Bumiputera.

Jika Bumiputera tidak boleh membeli semuanya di kawasan itu, satu agensi atau perbadanan khusus wajar diwujudkan bagi membeli premis dan lot komersial dan mereka boleh menyewakan kepada sesiapa saja. Bukan pemilikan kekal 40 peratus kepada bangsa lain.

Susah sangatkah mahu melaksanakan cara begini? Atau fikirkan cara lebih baik. Tetapi bukan 60-40.

ARIS@ARIF OMAR,
Batu Berendam, Melaka

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...