terima kasih buat kalian semua..

Sunday, July 11, 2010

Apa makna tarekat?


KAWAN saya mengajak masuk tarekat, tetapi saya tidak faham maksud tarekat. Harap ustaz jelaskan.

Uzair Aqil, Rawang

Dalam riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang akan mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan perkara sunat sehingga Aku mencintainya. Maka Aku adalah pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengarkannya, Aku adalah penglihatan yang dia gunakan untuk melihatnya, Aku adalah tangan yang dia gunakan untuk menyerangnya dan Aku adalah kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Seandainya dia memohon kepada-Ku, pasti aku akan memakbulkannya dan seandainya dia berlindung diri kepada-Ku, pasti Aku akan melindunginya.”

Tarekat adalah bahasa Arab disebut thariqah bererti jalan tertentu yang ditempuh seorang salik (pejalan) untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kini ada pelbagai tarekat yang menekankan perlunya tawajjuh. Tawajjuh bermaksud menghadapkan wajah serta hati menuju Allah SWT.

Dalam tasawuf ada beberapa istilah perlu diketahui antaranya suluk iaitu kegiatan tertentu yang dilakukan salik agar dapat mencapai keadaan mental atau disebut makam iaitu tempat persinggahan. Urutan makam jarang berbeza antara tarekat.
Secara umum, ia dimulakan dengan makam taubat, selanjutnya zuhud, sabar, kemudian tawakal, reda, cinta, makrifat yang menghasilkan fana dan ittihad iaitu larut dalam cinta kepada-Nya sehingga kehendak dan keinginannya menyatu dengan kehendak dan iradah Allah.

Untuk mencapai keadaan itulah, salik melakukan suluk dalam bentuk peningkatan ibadah, latihan mental seperti mengurangi makan dan tidur, menyendiri, bertafakur dan berzikir.

Perlu diingat, amalan tarekat harus disertai dengan syariat. Justeru, yang melaksanakan tarekat harus memahami syariat, bahkan perlu dibimbing guru (syeikh atau mursyid).

Mursyid membimbing dan mengawasi murid dalam kehidupan lahiriah serta menyelami hati mereka agar memberikan tuntutan batiniah yang sesuai.

Tiada larangan masuk tarekat, selagi tidak menyimpang syariat. Perlu diketahui amalan tarekat menuntut kita lebih tekun daripada pengamal syariat, khususnya bersangkutan dengan batin. Justeru, tidak semua mampu mengamalkannya apalagi pada makam yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...