terima kasih buat kalian semua..

Monday, July 5, 2010

Di manakah kualiti Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

SEJARAH lama berulang kembali. Pada tahun 1994 saya telah dicalonkan oleh pihak sekolah untuk jawatan Guru Pakar, sekarang ini dipanggil Guru Cemerlang.

Semasa proses pemilihannya, satu proses pemantauan dan ujian dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Ketika itu saya mengajar di sebuah sekolah menengah, dan semasa pencalonan dibuat saya berada di sebuah sekolah rendah.

Apa yang melucukan tetapi rasa pelik, saya diarahkan oleh Jemaah Nazir untuk mengajar di sekolah rendah tempat saya dicalonkan bagi tujuan pemantauan. Demi mengikut arahan, saya yang menurut perintah dan setelah berbincang dengan pengetua tempat saya mengajar, walaupun digelakkan oleh rakan-rakan, saya kemudian telah pergi ke sekolah rendah berkenaan.

Saya merayu kepada guru besar untuk mengizinkan saya mengambil separuh daripada jadual waktu Tahun 4 bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan Guru Pakar. Tergambar di fikiran saya ketika itu, bagaimana jemaah nazir hendak menilai kepakaran saya yang ketika itu mengajar di sekolah menengah. Bagaimana pula Buku Persediaan Mengajar, siapa yang akan mengesahkannya? Macam-macam persoalan timbul ketika itu.

Tiba hari pemeriksaan dan pemantauan, datang dua orang Jemaah Nazir, seorang dari unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan seorang lagi dari unit Bahasa Inggeris.

Berdasarkan jadual waktu ketika itu saya mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Memandangkan murid yang saya ajar terdiri daripada murid pekak, kedua-dua nazir hanya memantau sahaja kerana kedua-dua tidak memahami bahasa isyarat. Dua minggu selepas itu saya mendapat surat pencalonan saya gagal.

Pada tahun 2005 saya telah dilantik menjadi pemeriksa dan pemantau calon Guru Cemerlang di sebuah sekolah menengah di Putrajaya bersama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Semasa pemantauan, saya terkenang nasib diri saya ketika saya dipantau untuk menjadi Guru Pakar tahun 1994. Namun begitu tidak terlintas dalam diri saya untuk membalas dendam.

Guru yang saya pantau akhirnya dilantik menjadi Guru Cemerlang DG44.

Tapi saat kecewa terjadi lagi pada diri saya pada tahun 2009. Setelah mengikut prosedur permohonan untuk menjadi Nazir, saya telah dipanggil untuk menghadiri temu duga melalui faksimili bertarikh 17.05.2009.

Pada 23.05.2009 saya menghadiri temu duga di Ibu Pejabat JNJK Putrajaya. Hanya ada tiga orang calon sahaja hadir. Dua daripadanya hanya hadir untuk memberikan surat penolakan kerana telah ditawarkan sebagai Penolong Pengarah di bahagian lain di Kementerian Pelajaran.

Tinggallah saya calon tunggal yang menaruh sejuta harapan untuk berkongsi pengalaman sebagai pegawai JNJK. Sepanjang temu duga saya amat teruji bila terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Namun saya dapat lalui dengan tenang, walaupun bahasa Inggeris saya berloghatkan Jawa.

Setelah lebih setengah jam berada di dalam bilik penemuduga, saya menghela nafas panjang bila dimaklumkan tidak ada masalah dalam permohonan saya berdasarkan pengalaman lebih 25 tahun sebagai guru dan pegawai pelajaran.

Tapi amat mengecewakan dua hari dari tarikh temu duga, saya menerima surat daripada JNJK yang bertarikh 16.05.2009, satu tarikh amat malang yang menyatakan permohonan saya gagal.

Masalahnya, di mana letaknya Jaminan Kualiti JNJK? Temu duga pada 23.05.2009 tetapi keputusan telah dibuat lebih awal dari tarikh temu duga iaitu 16.05.2009.

Sekali lagi saya digelakkan oleh rakan-rakan sejawatan apabila saya terlibat dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sebagai pendidik yang berpengalaman hampir 30 tahun saya merasa kecewa dan sedih. Adakah selama ini saya gagal menerap nilai moral kepada generasi yang telah saya didik dan kini telah menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran?

Bukit Mertajam

9 comments:

  1. Itulah standard Jemaah Nazir Sekolah dan standard Kementerian Pelajaran.Yang menggelikan ada berlaku penilaian guru untuk jawatan GC 48,52 dilakukan oleh Jemaah Nazir yang gred lebih rendah daripada orang yang dinilai.
    Berlaku juga kerana jawatan DG52/54 banyak dek arahan PM untuk pengisian segera,terdapat guru/pengetua yang memohon GC dan Pengetua Kanan Gred DG52/54 diberi dengan mudah walaupun kecemerlangan dan kredibiliti mereka boleh dipertikaikan oleh guru-guru.Alahai Ketua Jemaah Nazir dan KPPM oii..

    ReplyDelete
  2. Yob oi! Usahlah merungut dan buat bising. Mike bior diri mike dipatuk 2X pada tempat yang sama. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Udahla tu. Bersiap-siaplah untuk hari-hari pencen. Semua tu Yob habis cair bila kita pencen. Mike terlalu banyak sngat menghabiskan masa untuk "mereka" sedangkan masa untuk mike dengan Allah boleh dikira. Arini Yob mereka yang sejawatn dengan mike berbondong-bondang mengejar kedudukan dan pangkat dan habuan dunia. Senja semakin hampir.Tup-tup mike "dikembalikan", apa mike nak kata? Banyak ke persiapan yang dibuat? Rujuklah "Bahrul Mazi Jld 17 m.s.115-118. Semoga dapat mententeramkan jiwa dunia mike yang bergelora. Pilihan mike yang terbaik ialah akhirat. Apakah esok pasti ada?(sedikit cebisan pengalaman 32 tahun sebagai pendidik)

    ReplyDelete
  3. betul...nazir ni lebih lebih sudu dari kuah !! Pernah dengan selamba aku melambai-lambai tangan tangan kat mereka dan aku menjemput dia orang supaya observe lah aku...aku merayu tolonglah observe..tapi dia orang x brani.. saje aku perli dia orang ni..

    ReplyDelete
  4. Saya ingin meluahkan rasa hati dan kekeliruan mengenai penganugerahan Pensyarah Pakar(Cemerlang) yang diberikan oleh pihak IPGM kepada pensyarah2 yang telah dikenalpasti. Sebagai salah seorang yang melalui pelbagai tapisan awal dari pihak IPG dan Jemaah Nazir, saya rasa perlu untuk saya mengenengahkan beberapa isu yang saya alami :

    1) syarat permohonan awal adalah untuk pensyarah P & P dengan minima waktu tertentu dan ikut kepakaran
    2) mempunyai Jadual waktu pengajaran yang berterusan sepanjang tiga tahun yang dinilai dan bukti dalam Folio
    3) mempunyai bukti jelas kepakaran dimanfaatkan dalam IPG dan lingkungan bidang yang di pohon dan sentiasa memberi sumbangan berterusan
    4) disokong dengan keupayaan dan kebolehan mengimbangi Gerko dan sumbangan di luar lingkungan IPG - menjadi ahli majlis pentadbiran peringkat kebangsaan juga tidak diambilkira ??
    5) isu pentadbiran - contohnya saya sebagai Penyelaras Program PKPG - 2001-2007(berkembar dengan universiti /IPTA dan mengajar kursus yang IPTA tawarkan...silibus IPTA yang berat walaupun kami hanya berkelulusan MASTER....adakah kami tidak dianggap pakar ???) ,
    6) Penyelaras PGSR 2008 -2012 ....tidak dianggap sebagai satu kelebihan dan sumbangan kepada pihak IPG sedangkan terlalu banyak masa kami curahkan tenaga dalam pengurusan program yang diilhamkan oleh pihak atasan ini.
    6) membentangkan Kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa - telah dibuat dan hasil kajian dimasukkan dalam laman web INTAN dan dirujuk di peringkat antarabangsa juga tidak diambilkira.
    7) Menjadi Pakar Rujuk SME di IPG (surat kepakaran ada ) dan di IPTS juga dalam bidang yang sama juga tidak diambilkira

    Isu yang timbul semasa proses penilaian :
    1) Nazir dari sekolah tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan di IPG, sehingga kan komen2 mereka menjurus kepada situasi dan keadaan sekolah yang sememangnya amat jauh beza daripada IPG
    2) Nazir dari IPG bermati-matian menyokong apa yang kami laksanakan di IPG tetapi heresay Nazir Sekolah lebih di ambilkira
    3) Untuk subjek pengkhususan bidang seperti Matematik , amat sukar untuk dipertahankan di IPG memandangkan tiada pihak yang mengambilira kepakaran di bidang ini walaupun Pengajian Master pensyarah telah melebihi 15 tahun dalam bidang tersebut (semua di ketepikan BEGITU SAHAJA )
    4) Hampir kesemua pensyarah Matematik yang dinilai tiada seorang pun dianugerahkan kepakaran ini......musykil juga kan !!

    Persoalannya sekarang, berapa ramai yang mampu untuk mengajar sebahagian atau hampir semua 16 Kursus yang ditawarkan di IPG ....adakah mereka ini tidak boleh dianggap pakar di bidang yang ditawarkan di IPG sendiri. Kenapa perlu di anak tirikan kami ini ?
    Sekiranya istilah kepakaran hanya untuk mereka yang telah ada ijazah kedoktoran, perkara ini perlu juga diberi perhatian kerana kami yang mempunyai Sarjana dalam bidang kami juga perlu diberi perhatian.
    Kami dikehendaki mengajar semua kursus dalam kepakaran kami tetapi akhirnya diketepikan begitu sahaja.
    Adalah malang sekiranya semua perkara asas ini tidak dinilai semula kerana sebagai manusia biasa istilah "berkecil hati" tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kepuasan bekerja dan keseronokan bekerja dengan baik lahir secara dalaman sekiranya ada masih unsur dihargai dan dinilai sewajarnya. Mungkin saya silap, tetapi itulah perasaan hati ini apabila mendapat tahu keputusan penilaian tidak memihak kepada apa yang sewajarnya dinilai.
    Sekiranya EXIT POLICY di laksanakan dalam SBPA ini, kita berkemungkinan besar akan kehilangan lebih ramai lagi ahli yang boleh menyumbang dengan lebih baik lagi dalam kursus Major yang kritikal seperti Matematik ini.

    Saya meluahkan apa yang tersirat di hati....sekiranya ini menjadi satu kesalahan, saya bersedia untuk menerima kritikan yang sewajarnya daripada pihak yang lebih arif dengan apa yang berlaku di sini.
    Mudah-mudahan Allah membuka hati mereka yang masih menghargai ilmu yang sewajarnya diperkembangkan dengan cara yang lebih baik.

    Wallahu alam

    Maaf Dzahir batin

    Yang benar
    Pensyarah IPG lama

    ReplyDelete
  5. Saya ingin meluahkan rasa hati dan kekeliruan mengenai penganugerahan Pensyarah Pakar(Cemerlang) yang diberikan oleh pihak IPGM kepada pensyarah2 yang telah dikenalpasti. Sebagai salah seorang yang melalui pelbagai tapisan awal dari pihak IPG dan Jemaah Nazir, saya rasa perlu untuk saya mengenengahkan beberapa isu yang saya alami :

  6. Satu saja soalan...pensyarah ipg dan juga yg nak jadi nazir...korang nak apa?

    ReplyDelete
  7. Sekolah saya baru saja dihadiri 6 orang nazir. Lagak semacam. Tak tahulah dia dah jadi guru berapa lama. Saya yang jadi guru dah 34 tahun rasa macam biasa saja. Peliknya...dia nak instrumen PBS yang dimansuhkan. Kebanyakan cikgu dah bagi instrumen kat makcik tukang sapu pi jual kat kedai. Nak suruh buka semula bilik PBS.Betullah orang berkata KALAU MALAS MENGAJAR JADILAH NAZIR.

    ReplyDelete
  8. azizanabboo@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Sekolah saya baru saja dihadiri 6 orang nazir. Lagak semacam. Tak tahulah dia dah jadi guru berapa lama. Saya yang jadi guru dah 34 tahun rasa macam biasa saja. Peliknya...dia nak instrumen PBS yang dimansuhkan. Kebanyakan cikgu dah bagi instrumen kat makcik tukang sapu pi jual kat kedai. Nak suruh buka semula bilik PBS.Betullah orang berkata KALAU MALAS MENGAJAR JADILAH NAZIR.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...