terima kasih buat kalian semua..

Sunday, July 25, 2010

‘Kami seramai 1.2 juta juga manusia’


SAYA tertarik tulisan ‘Tuan Punya Pegawai’, Pelabuhan Kelang di ruangan Forum Utusan Malaysia pada 19.07.2010.

Saya rasa Tuan Punya Pegawai sudah tersilap mengenai fakta iaitu pada hari Jumaat waktu keluar untuk kakitangan kerajaan lelaki Islam keluar sembahyang yang dibenarkan oleh jabatan ialah pada pukul 12 tengah hari untuk lelaki dan pukul 12.15 tengah hari untuk wanita dan bukan 12.30 seperti yang dikatakan oleh Tuan Punya Pegawai. Sila rujuk Perintah Am Bab ‘G‘ Bil. 3 (Perintah Am adalah peraturan yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh semua kakitangan kerajaan Malaysia – boleh rujuk melalui Internet).

Mungkin kerana itulah kakitangan awam dilihat ada yang keluar pejabat pada waktu itu. Mengenai Elaun Sara Hidup pula, jumlah sebenarnya yang diterima oleh kakitangan kerajaan ialah RM300 sahaja sebulan dan bukan RM350 seperti yang didakwa oleh penulis, jumlah elaun ini tertakluk kepada kawasan tempat bekerja dan yang paling tinggi dibayar ialah RM300 sahaja.

Saya tidak menafikan adakalanya manusia melakukan kesilapan tapi perlu diingat kakitangan awam Malaysia adalah melebihi 1.2 juta orang.

Sebagai manusia tidak mungkin semua yang dilakukan adalah betul dan dapat memuaskan semua orang. Mungkin Tuan Punya Pegawai terlupa dengan fakta sebenar iaitu pada dua (2) tahun lepas, Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan Malaysia diiktiraf oleh dunia adalah yang keempat yang terbaik di dunia mengatasi Amerika Syarikat iaitu negara termaju didunia. Ini menunjukkan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan Malaysia boleh dikategorikan sebagai yang terbaik dan relevan.

Mengenai membayar cukai, semua kakitangan kerajaan tertakluk juga seperti rakyat Malaysia yang lain, semua yang layak untuk membayar cukai wajib kena bayar termasuklah kakitangan kerajaan. Untuk makluman mulai tahun ini semua kakitangan kerajaan yang layak dikenakan cukai, dipotong secara automatik melalui slip gaji masing-masing yang mana kiraannya dibuat mengikut gaji masing-masing oleh jabatan masing-masing.


Presint 8

1 comment:

  1. ini cerita orang x faham bahasa..sahayanya saja trend kita sekarang mempertikaikan dan mempersoalkan kerajaan sekarang, yang orang x faham dibantainya, diperlekahnya, dijadikan satu perang suci "cruisade" mengejek ejek kakitangan kerajaan.perkh..kami bekerja, seperti anda semua.membayar cukai seperti anda semua.memastikan perkhidmatan yang ditawarkan kerjaan (sebelum org org yang jadi menteri sekarang wujud dalam jawatan sekarang) kepada orang ramai.hospital hanyalah bangunan putih tanpa nurse dan doktornya.dahla orang atas tekan, dapat pula jumpa org awam x faham isu.nasib badan...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...