terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, July 14, 2010

Kenaikan pangkat ikut giliran jejas pelaksanaan program NKRA


SAYA adalah seorang pegawai kanan daripada bahagian penting dalam sebuah kementerian yang terbabit secara langsung untuk melaksanakan program Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kerajaan yang dilancarkan Perdana Menteri pada akhir tahun lalu. Bahagian ini bernasib baik kerana mempunyai pegawai terlatih yang berdedikasi dan berkemahiran tinggi untuk menjalankan tugas dalam program NKRA ini.

Bagi memastikan pelaksanaan program NKRA berjalan lancar pihak bahagian juga memohon sejumlah jawatan kenaikan pangkat supaya dapat diisi oleh pegawai yang sudah dikenal pasti kepakarannya. Dari segi tempoh perkhidmatan pegawai berkenaan juga layak untuk kenaikan pangkat. Malangnya apabila permohonan jawatan itu diluluskan, kementerian menetapkan kenaikan pangkat adalah mengikut ‘giliran’ dan bukan berdasarkan potensi, prestasi dan kepakaran. Senarai pegawai yang sudah sampai giliran untuk kenaikan pangkat adalah dari luar bahagian ini dan tiada kepakaran untuk melaksanakan program NKRA yang perlu dilaksanakan

Sebagai manusia biasa sudah pasti pegawai yang selama ini bertungkus lumus akan kecewa dan menjejaskan kualiti kerja mereka. Dalam keadaan sebegini bahagian ini sangat tertekan dan bimbang kerana sistem kenaikan pangkat yang diamalkan akan menggugatkan perancangan dan menjejaskan pencapaian objektif NKRA kerajaan

PEGAWAI SENIOR,
Putrajaya

1 comment:

  1. betullah tu...boleh dikatakan semua jawatan macam tu... org lama lebih senior dari yg baruu...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...