terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 17, 2010

Kenapa 'disusahkan' orang Melayu berniaga?


SAYA lahir dan dibesarkan di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Saya cukup sedih apabila melihat orang Melayu terabai dan teraniaya di negara sendiri akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa berkenaan.

Kenyataan ini berasaskan pengalaman dan pemerhatian saya selama ini. Cuba anda bayangkan bagaimana banyak kedai dan gerai milik peniaga Melayu boleh dikenakan kompaun dan saman serta pelbagai lagi tindakan yang tidak munasabah tetapi dalam masa yang sama peniaga asing seperti Indonesia dan Bangladesh tetap bebas menjalankan perniagaan mereka dengan seenaknya?

Di manakah sikap rasa tanggungjawab dan integriti semua pihak berkuasa dalam menterjemahkan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Apakah salahnya membantu rakyat tempatan berniaga dalam keadaan ekonomi yang cukup susah ini?

Apa salahnya memberi keistimewaan kepada orang tempatan, lebih-lebih lagi kepada orang Melayu berniaga. Sedarlah wahai penjawat awam (yang juga orang Melayu) bahawa anda semua dipertanggungjawabkan dengan satu amanah yang amat berat termasuk di akhirat kelak.

Setiap tingkah laku anda perlu sejajar dengan jawatan anda.

LABU 9501

1 comment:

  1. Nak tahu sebabnya? Kuasa politik Melayu dah nak berkubur. Mampus 1Malaysia. Umno tak pandang kesusahan dan penderitaan orang Melayu marhean. Mereka tak sensitif, hilang pertimbangan akal. Umno akan hanya sedar apabila orang Melayu Malaysia lingkup menjadi pelarian di negara sendiri. Masa tu nanti sudah terlewat. Nasi jadi bubur basi.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...