terima kasih buat kalian semua..

Thursday, July 29, 2010

KERA DI HUTAN DISUSUKAN


MALAYSIA masih menghadapi kebanjiran buruh asing. Kini Malaysia memperkenalkan pula dasar memberi kerakyatan penduduk tetap kepada mereka yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Setakat ini pun kerajaan Malaysia sudah memberi banyak keistimewaan kepada warga asing yang memiliki kelulusan seperti itu sebelum mengisytiharkan dasar baru itu. Jika sudah diperkenalkan dasar seperti itu maka banyaklah keistimewaan yang diberikan kepada warga asing.

Nampaknya Malaysia sudah menterjemah pepatah yang diungkap nenek moyang ‘kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan’. Tidak cukup memberi biasiswa kepada warga asing yang membuat ijazah sarjana dan PhD, ini pula nak diberi kerakyatan taraf penduduk tetap.

Rakyat tempatan yang membuat ijazah doktor falsafah terpaksa bersusah payah mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan pengajian tetapi rakyat luar pula mendapat tawaran biasiswa. Alasan kerajaan bahawa negara memerlukan tenaga berkelayakan untuk membangunkan Malaysia. Jika kerakyatan penduduk tetap diberikan sudah tentulah ada kerja untuk mereka. Malang pula untuk orang tempatan peluang kerja itu diberi kepada golongan itu. Bijak sangatkah warga asing dan boleh diharapkah warga asing itu untuk membangunkan Malaysia?

MINAS

Puchong, Selangor

2 comments:

  1. salam tuan blog...
    saya dah cukup meluat dengan isu ni, tiap bulan saya ke Pusat Bandar KL Utara, Selayang, bikin panas saja..Ape tidaknya, 99 peratus wraga asing menjadi penghuni kat situ..cuba pegi waktu 6ptg dan ke atas..Aduyai...mau dua tiga kali seluk poket, nak pastikan paspport ada ke tidak...terlalu ramai warga asing.. tak tau le halal ke idak tetapi yg pastinya ramai yg tak halal. Mereka siap berniaga lagi tu,bukak restoren, kedai runcit dll. Soalnya yang bagi lesen tu kerajaan Nepal ke, myanmar ke?.Dah la tu, kotor dan memualkan. Siapa yang betanggungjawab?.....APa yang pasti...Susah Nak Jawab!!!!!

    ReplyDelete
  2. biasa la tu tuan pisang..benda ni memang meluat dengar tapi saya takkan jemu utk ketengahkan sebab nampak dah makin melarat2..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...