terima kasih buat kalian semua..

Saturday, July 24, 2010

Nazir wajar pantau ‘guru cemerlang percuma’


SAYA ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak nazir mengenai pemilihan guru cemerlang. Sejak beberapa tahun ini ada pelbagai versi pemilihan.

Sebelum ini proses pemilihan guru cemerlang dipantau nazir dari Kementerian Pelajaran dari segi pengajaran di dalam kelas, temu duga pelajar dan rakan sejawat serta melihat dokumentasi

Saya berpendapat ada guru yang mengisi permohonan kerana disuruh pengetua, walhal mereka tidak menyediakan dokumentasi yang diperlukan.

Sampai ketikanya mereka menerima surat menyandang guru cemerlang.

Ada yang memohon guru cemerlang, tidak pun berpeluang dipantau walaupun sudah bersedia dengan dokumentasi dan persediaan yang rapi.

Penyediaan fail dokumentasi ini, bukan mengambil masa sehari dua, kami menyediakan fail sejak tiga tahun lalu.
Bagi calon guru cemerlang yang dipantau nazir pula, nazir bukan hanya melihat dokumentasi yang disediakan malah bertanyakan isu berkaitan pendidikan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), pengurusan stok, pelan kecemasan, pekeliling, teknik pedagogi serta apa saja topik atau isu yang terlintas di kepala mereka.

Ini tidak adil bagi mereka yang mendapatkan guru cemerlang secara ‘percuma’.
Jangan pula disebabkan ingin memenuhkan kuota, jalan mudah dipilih bagi mengisi kekosongan berkenaan dengan mengetepikan calon benar-benar layak dan berkualiti.

Saya meminta ‘guru cemerlang’ ini dipantau nazir sebelum disahkan layak menggalas gelaran itu.

GURU LAMA,
Perak

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...