terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, July 21, 2010

Nelayan guna petrol subsidi untuk kereta keluarga


SAYA terpanggil untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan terkilan berikutan ketirisan subsidi petrol yang diberi nelayan pantai Pelabuhan Klang.

Saya bangga dan bersyukur kerana kerajaan sentiasa mahu rakyat mengecapi kehidupan senang dengan memberi pelbagai subsidi seperti dinikmati nelayan.

Nelayan pantai mendapat subsidi 20 liter petrol sehari yang lebih murah daripada harga pasaran. Dengan subsidi ini nelayan dapat menangkap ikan lebih jauh dan aktif demi menambah pendapatan mereka. Tetapi timbul persoalan adakah nelayan menggunakan subsidi petrol ini dengan cara yang betul?

Memang ada nelayan jujur tetapi tidak kurang pula yang belot. Daripada pemerhatian saya, ada nelayan yang mengambil subsidi ini setiap hari mengikut kuota bukan untuk mengisi enjin bot, tetapi untuk memenuhkan tangki kereta anak atau suku sakat mereka. Ada juga menjualnya kepada orang lain.

Tidak hairanlah kalau anak, menantu atau ipar memiliki kereta berkuasa 1500 cc hingga 2000 cc. Apa tidaknya kerana petrol subsidi inilah mereka isi ke dalam tangki kenderaan masing-masing.

Saya bukan dengki tetapi selaku pembayar cukai rasa terkilan bagaimana mudahnya subsidi kerajaan disalahgunakan.
Saya berharap pihak berwajib atau jabatan nelayan memantau ketirisan ini kerana ia merugikan kerajaan dan membantutkan usaha murni kerajaan membela rakyat.

Saya cadangkan jabatan nelayan menyemak rekod pembelian petrol subsidi oleh nelayan dan merekod juga jualan hasil tangkapan yang mereka peroleh.

Pastikan petrol subsidi untuk enjin bot mereka, bukan membantu keluarga yang memang hidup mewah. Pastikan juga subsidi ini ditarik segera jika nelayan menjualnya.

PEMBAYAR CUKAI KECEWA,
Pelabuhan Klang

4 comments:

  1. Hah...ni satu lagi sikap orang Melayu yang sampai ari ni aku tak paham ni...
    asal dapat subsidi je buat benda lain...
    dulu, berguni - guni baja dijualnya...
    ni dah bagi subsidi minyak, dibantainya guna untuk keperluan peribadi...
    asyik nak pikir diri sendiri je kejenya...
    Pelik...bila nak sedar???

    ReplyDelete
  2. ni lah yg kerajaan dok pening ni..bagi salah..tak bagi salah..

    ReplyDelete
  3. pantau dulu di sempadan malaysia thai.
    dan nelayan pun masih berkais nak cari makan. belum gerenti dapat tangkapan yang baik sebab rezeki tu di tangan tuhan. dan pernahkan anda menjadi nelayan walaupun sehari,,kalau tak tak perlu anda protes sebab suah sebenarnya jadi nelayan.

    ReplyDelete
  4. bukan guna utk kereta sendiri ja ... petrol subsidi tu depa jual kat kawan2 pun ada . contoh kat tempat saya di Penaga.

    EM

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...