terima kasih buat kalian semua..

Monday, July 19, 2010

Pahlawan terkorban sia-sia di Perang Uhud


DIRIWAYATKAN bahawa satu ketika dulu pada zaman Rasulullah SAW, berlaku pertempuran sengit antara kaum muslimin dan musyrik yang lebih dikenali sebagai Perang Uhud.

Dalam peperangan itu kedua-dua pihak berjuang dengan hebat. Turut disertai seorang pemuda dikenali sebagai Qotzman, iaitu pahlawan yang diakui memiliki kegagahan serta keberanian untuk menumpaskan musuh.


Kerana kehebatannya itu, namanya menjadi buah mulut kaum muslimin yang mengagumi sifat beraninya berikutan tanpa rasa ragu-ragu, terus melawan musuh walaupun mengalami banyak kecederaan.


Namun sudah ketentuan Allah SWT, Qotzman cedera parah apabila ditikam pihak musuh hinggakan seluruh badan dipenuhi darah dan seterusnya meninggal dunia.


Berita kematian Qotzman tersebar di kalangan sahabat yang sama-sama berjuang ketika itu.


Ia satu berita gembira bagi rakannya yang beranggapan pemuda itu syahid, sekali gus memperoleh syurga yang dijanjikan Allah terhadap muslimin yang syahid di jalannya.


Namun, dicatatkan kematiannya itu akhirnya hanya sia-sia dan lebih teruk lagi apabila namanya disebut sebagai ahli neraka sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sebenarnya dia (Qotzman) tergolong sebagai penduduk neraka.” Penjelasan Rasulullah merungkai niat sebenar Qotzman, di mana sebelum menghembuskan nafas terakhir dia menyatakan hasratnya berperang bukan kerana agama, sebaliknya untuk menjaga kehormatan Madinah daripada pencerobohan kaum musyrik.


Ia sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Kathir yang mendengar pemuda itu memberitahu, dia berperang untuk membela kehormatan kaum mereka dan jika tidak kerana itu, dia tidak akan sesekali ikut berperang.


Berdasarkan kitab sirah, sebaik cedera ditikam, Qotzman meletakkan hulu pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang ke dalam dadanya.


Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuh tetapi membunuh diri.


Melihatkan keadaannya yang parah, ramai menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka yakni jelas sama sekali membuktikan perbuatan membunuh diri, walaupun ketika mengalami kepayahan atau kesengsaraan, tetap berdosa besar

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...