terima kasih buat kalian semua..

Sunday, July 25, 2010

Pelarasan subsidi bukan bebankan


SEREMBAN – Usaha penyelarasan subsidi yang dijalankan kerajaan bukan bertujuan untuk membeban rakyat sebaliknya memastikan ia dapat diagihkan secara efisien kepada golongan yang benar-benar layak di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan kerajaan itu adalah bagi memastikan pengagihan subsidi dapat diperhalusi seterusnya diagihkan kepada kelompok yang memerlukan di negara ini dan bukannya golongan mewah.

‘‘Rakyat perlu sedar dan faham sebab utama kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk menyelaraskan subsidi kepada rakyat. Ini kerana kalau kita lihat betul-betul subsidi yang diberikan oleh kerajaan kita kepada rakyat hari ini banyak menguntungkan orang kaya.

‘‘Kalau kita bandingkan dengan negara lain, mereka benar-benar mengkhususkan kumpulan yang wajar menerima subsidi. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, mereka hanya memberikan bantuan makanan dan perlindungan, tetapi itu hanya untuk golongan susah.

‘‘Bukan macam kita, orang kaya yang memandu kereta Mercedes isi minyak sampai RM200, orang kampung hanya isi minyak RM3 untuk motosikal mereka. Untuk seliter minyak, kerajaan memperuntukkan 80 sen subsidi bagi seliter, kalau seminggu lima kali orang kaya isi minyak. Siapa yang untung?” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Sembilan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di sini hari ini.

Katanya, masih banyak lagi subsidi yang perlu dikaji dan perhalusi oleh kerajaan memandangkan pemberian subsidi pada masa ini dinikmati oleh semua kelompok termasuk pelabur asing.

‘‘Jangan kata minyak, tepung pun kerajaan turut memberikan subsidi. Ini juga harus diselaraskan semula.

‘‘Kita ambil contoh mudah, pengeluar biskut yang dimiliki oleh pelabur asing, mereka buka kilang dekat sini pakai tepung kita yang disubsidi.

‘‘Rata-rata biskut yang dihasilkan pun untuk tujuan eksport, oleh itu siapa yang rugi, subsidi kita orang luar pun dapat rasa,” ujarnya.

Tambah Mohamad, oleh itu rakyat tidak perlu bimbang terhadap usaha penyelarasan subsidi ini kerana ia dilakukan bagi memastikan pengagihan subsidi mampu dijalankan secara adil kepada golongan yang benar-benar layak.

1 comment:

  1. Salam...
    Dulu..kini dan selamanya masyarakat dibodohkan....nampak tak..selepas penjajah omputih balik, masih ada penjajah yg menjajah malaysia..mcm ni ler ciri-cirinya...bagi contoh keta mercedes tu...kalo kerajaan, semuanya dibayar kepala banaa ooiii...ada sekoq lg yg bg cadangan baguih punya...sekolah untuk pelajar hamil...sokong jgn tak sokong!...Punah jahanam...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...