terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, July 20, 2010

Sulaiman tolak godaan wanita cantik




SULAIMAN bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Tiba di satu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian, tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata: “Beri saya...” Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya,”.


Sulaiman tersentak lalu membalas: “Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku.” Hati Sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tidak lama kemudian, terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman pula belum sempat terhapus. “Ada apakah gerangan wahai Sulaiman,” tanya rakannya. Sulaiman menjawab: “Aku teringat puteriku.” Rakannya tidak percaya pada jawapan Sulaiman: “Tidak mungkin. Demi Allah SWT, engkau pasti menyembunyikan sesuatu.” Dek terus didesak, Sulaiman akhirnya menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, rakannya yang mendengar cerita itu menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya. “Mengapa engkau pula yang menangis,” tanya Sulaiman. Jawab rakannya itu: “Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi.” Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Apabila letih dan lelah, dia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Sulaiman bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah tuan. Semoga tuan mendapat curahan rahmat,”.


“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya. Sulaiman membalas: “Sungguh, engkau mengagumkan wahai nabi, engkau menang melawan godaan isteri tuanmu.” “Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula,” jawab Yusuf dalam mimpi itu. Mimpinya itu menandakan Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...