terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, July 6, 2010

Terpedaya jualan murah gedung beli-belah


PADA tengah hari 29 Jun 2010, akibat tertarik dengan promosi jualan murah besar-besaran di sebuah gedung terkemuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, saya pun masuk meninjau ke dalam gedung tersebut dengan harapan dapat membeli barangan jualan yang dikatakan murah itu.

Memang ramai pengunjung di situ bagaikan pesta kerana waktu itu adalah waktu rehat untuk makan tengah hari bagi pekerja pejabat. Di satu sudut di ruang legar terdapat promosi happy hour di mana set cadar dan sarung bantal bersaiz queen yang diuar-uarkan asalnya berharga RM189 dijual dengan harga RM29.90.

Saya pun tidak mahu melepaskan peluang turut tertarik untuk membeli dua set tersebut untuk dihadiahkan kepada isteri di rumah.

Malangnya apabila sampai di rumah, isteri saya memberitahu bahawa set cadar tersebut boleh didapati di tempat lain dan harganya tidak lebih daripada RM50. Memang kebiasaannya set kualiti tersebut sememangnya berharga seperti itu walaupun tanpa jualan murah sekali pun.

Terkejut beruk saya dibuatnya. Saya rasa terpedaya dan tertipu bulat-bulat oleh gedung tersebut. Walaupun RM29.90 itu murah, tetapi mengapa gedung tersebut mengabui mata pembeli kononnya harga asal itu jauh lebih tinggi iaitu RM189 sedangkan harganya tidak lebih daripada RM50 sahaja. Itu baru satu barangan jualan, belum lagi barangan lain di situ.

Saya memohon kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memantau jualan murah seperti ini, walaupun ia dijalankan oleh gedung terkemuka.

Adakah pihak kementerian hanya menunggu pihak pembeli untuk mengemukakan aduan rasmi baru pihak kementerian mula hendak bertindak. Jika tidak, anggaplah aduan saya ini sebagai asas untuk pihak kementerian bertindak supaya lebih ramai lagi pengunjung seperti saya tidak tertipu dan terpedaya oleh gimik jualan murah yang langsung tidak beretika ini.


Wangsa Jaya, Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Jualan murah kat Malaysia ni biasanya tipu!!! Jadi toksah le pergi. Ini pengalaman Yong. Satu hari Yong pergi ke gedung perabut yang terkenal. Yong tengok ade almari kecil yang ditulis 'best buy' RM1200. Yong tak beli sebab rasenya mahal. Mase gedung tu sale Yong datang lagi. Mana tau kot jadi murah. Memang Yong terkejut. Almari tu harganya sama je walaupun dah diskaun 20%. Yong tegur manager kat situ kerana menipu. Dia terpinga2 je, katanya bos yang suruh. Jadi, best buy atau sale atau ape saje same je. Tujuannya nak mengkaburi pembeli.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...