terima kasih buat kalian semua..

Sunday, August 8, 2010

41% penduduk S'wak masi belum menikmati projek bekalan air


Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehingga kini kira-kira 59 peratus penduduk Sarawak mendapat manfaat daripada projek Bekalan Air Luar Bandar. Beliau berkata, di bawah program itu, kerajaan memperuntukkan RM212.18 juta untuk melaksanakan 101 projek membekalkan air bersih bagi 14,000 rumah di negeri itu. "Bagi projek bekalan air luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan telah mensasarkan sebanyak 90 peratus penduduk luar bandar di negeri ini akan menikmati bekalan air bersih pada akhir tahun 2012,” katanya berucap merasmikan projek itu di Kampung Tiris, Bekenu, kira-kira 60 kilometer dari Miri hari ini. Mengenai bekalan elektrik pula, Shafie berkata untuk tahun ini sebanyak 2,691 buah rumah telah mendapat manfaat di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar di seluruh negara. "Di Sarawak kita telah berjaya membekalkan elektrik kepada 1,090 buah rumah dan selebihnya masih lagi dalam pelaksanaan,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...