terima kasih buat kalian semua..

Sunday, August 29, 2010

BANTAH CADANGAN PRESIDEN MCA: Kita tak boleh sewenang2 nak bagi kerakyatan!!


SAYA membantah cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek agar kerajaan Malaysia memberikan taraf kerakyatan secara automatik kepada pemegang kad pengenalan merah yang telah berusia melebihi 60 tahun seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.

Tidak kira berapa umur dan dari mana asal usul pemohon, sama ada dari China, Indonesia, Singapura, hatta Amerika Syarikat sekalipun, setiap pemohon wajiblah memenuhi setiap syarat yang ditetapkan terutamanya taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, fasih berbahasa Melayu dan mengakui hak-hak istimewa bumiputera sebagai penduduk asal negara ini.

Harus diingat bahawa menetap di Malaysia bukanlah sekadar melarikan diri dari kesempitan hidup di negara asal atau mengaut kekayaan di negara ini semata-mata, malah perlulah sanggup berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan asas-asas penubuhan dan menghayati sejarah negara ini.

Sekiranya tidak sanggup untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, usahlah bermimpi untuk menjadi warganegara Malaysia. Pergilah memohon kerakyatan daripada negara lain.

Saya yakin adalah lebih baik Malaysia mempunyai bilangan warganegara yang sedikit daripada memiliki warganegara yang tidak taat dan boleh mengancam kemakmuran negara.

AZLANSYAH AMAN

Masjid Tanah, Melaka

3 comments:

  1. Tuan Blog...
    saya setuju...syarat menjadi warganegara bukan boleh dikompromi. Syarat tetap syarat...semua negara mempunyai syarat masing-masing.Bahkan wajar FASIH berbahasa Melayu seperti Britain/Amerika yg mensyaratkan kualiti penguasaan Bahasa Inggeris yg tinggi kepada pemohon.
    Kadang-kadang bahasa melayu warga emas warganegara sendiri pun kelam kabut jika dibanding orang Nepal, Bangladesh yang hanya tinggal setahun dinegara ini.
    Diharap kita jangan tunduk kepada tekanan politik dalam isu kewarganegaraan....

    utuh

    ReplyDelete
  2. ORG MELAYU MEMANG SANGAT BERTOLAK ANSUR DAN PENUH BUDI BAHASA

    ReplyDelete
  3. aku pun mmg x setuju kerakyatan ni diberikan dgn senang, cuba kita lihat brp ramai orang yng nak cakap bahasa melayu terkial2 walaupun dah lama tinggal kat sini, jgn dilayan permintaan tu...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...