terima kasih buat kalian semua..

Friday, August 20, 2010

Beshnya jadi lembaga pengarah syarikat dengan bayaran RM92.11 juta setahun!!


Genting Bhd. (Genting) merupakan antara syarikat yang memberikan ganjaran tertinggi kepada Lembaga Pengarahnya bernilai RM92.11 juta, menurut kaji selidik majalah Malaysian Business.

Menurut kenyataan dikeluarkan, syarikat itu juga membayar ganjaran tertinggi antara RM87.6 juta hingga RM87.65 juta kepada seorang pengarah.

''Namun syarikat itu enggan menamakan pengarah tersebut. Antara eksekutif (yang menerima ganjaran) tertinggi yang disenaraikan syarikat bagi Pengerusi Eksekutif adalah Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

''Syarikat senaraian awam, membayar ganjaran lebih tinggi pada tahun 2009 berbanding 2008. Kaji selidik tersebut juga mendedahkan 10 syarikat teratas telah membuat bayaran berjumlah RM300 juta pada tahun lalu,'' katanya.

Tambah kenyataan itu, daripada 600 syarikat yang menyertai kaji selidik itu, hampir 240 pengarah menerima lebih RM1 juta ganjaran walaupun suasana ekonomi berada dalam keadaan berjaga-jaga.

''Syarikat lain yang membayar ganjaran tertinggi kepada seorang pengarah adalah anak syarikat Genting iaitu Genting Malaysia Bhd. dengan bayaran sebanyak RM37.25 juta dan ke atas kepada eksekutif tertingginya.

''Namun pembayaran tersebut, mungkin tidak dibayar kepada individu sama dengan kemungkinan perkiraan berganda,'' jelasnya.

Di tempat ketiga adalah IOI Corporation Bhd., yang membayar ganjaran sebanyak RM25 juta hingga RM30 juta kepada pengarah tertingginya.

Tetapi, ia adalah kurang daripada RM41.10 juta hingga RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Jangkaan bayaran tersebut dibuat kepada pengarah dan pengasasnya, Tan Sri Lee Shin Cheng, katanya.

Kaji selidik itu telah menyenaraikan 628 syarikat dengan bayaran ganjaran melebihi RM300,000 seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.

Hanya tujuh peratus syarikat yang telus dalam memberitahu jumlah sebenar ganjaran sebenar diberikan kepada eksekutif tertinggi mereka.

''Apa yang menarik beberapa syarikat dengan kerugian yang besar masih membayar ganjaran tinggi kepada pengarah mereka,'' tambahnya.

Keputusan keseluruhan kaji selidik itu akan dikeluarkan pada isu 16 Ogos majalah Malaysian Business.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...