terima kasih buat kalian semua..

Thursday, August 26, 2010

Caj insurans kereta tidak masuk akal!!!!


SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000.

Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun. Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196

Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik. Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru

Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans. Kos insurans terlalu membebankan. Kalau keadaan ini berterusan saya percaya banyak kenderaan lama dan motosikal tidak berinsurans dan bercukai jalan. Kerajaan ambillah tindakan.

RAKYAT TERANIAYA,
Kuala Kangsar, Perak

2 comments:

  1. kita mmg ditindas oleh sykt insurans
    saya pun mengalami nasib yg sama
    kerajaan x nak ambik tindakan ke

    ReplyDelete
  2. atau.. pihak kerajaan pung mengambil untung sekali dalam hal ini??? Kerajaan berkuasa mengawal tarif insuran jika betul2 mahu mebantu rakyat..tapi kalau sama2 ambil keuntungan...entah lah..... ermmmmm....
    -adon77-

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...