terima kasih buat kalian semua..

Saturday, August 21, 2010

Dalam PLUS dok kata kos senggaraan meningkat, mereka masih buat untung RM 861 juta sepanjang 6 bulan lepas...


Keuntungan sebelum cukai PLUS Expressways Bhd. (PLUS) untuk enam bulan pertama berakhir pada 30 Jun 2010, meningkat 12.5 peratus kepada RM861.05 juta berbanding RM765.37 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh bertambahnya penggunaan trafik.

Pendapatan bertambah kepada RM1.67 bilion daripada RM1.51 bilion sebelumnya.

PLUS dalam kenyataannya di sini berkata, bertambahnya perjalanan domestik dan perkembangan pesat di beberapa laluan tertentu di Lembah Klang turut menyumbang kepada pertumbuhan trafik itu.

"Pertumbuhan dalam separuh pertama 2010 juga seiring dengan aktiviti-aktiviti ekonomi negara," katanya.

PLUS berkata, usaha berterusan kumpulan terhadap langkah-langkah penambahbaikan trafik, pengurusan kapasiti lebuh raya dan tahap perkhidmatannya turut menyumbang kepada prestasi trafik.

Katanya, kumpulan itu akan terus membelanjakan jumlah yang signifikan ke atas penyenggaraan dan penambahbaikan bagi memulihara lebuh raya dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...