terima kasih buat kalian semua..

Friday, August 20, 2010

Enaknya murtabak bazar Ramadan! Tapi macam ada taik ayam je!!


KUNJUNGILAH mana-mana bazar Ramadan di bulan mulia ini, pandangan anda pasti tidak terlepas dari melihat peniaga murtabak yang bilangannya melebihi peniaga-peniaga jenis makanan lain.

Jika anda lewat ke bazar Ramadan mahu cari murtabak memang susah kebanyakannya sudah habis terjual.

Itulah popularnya murtabak sehingga penggemar makanan ini terlupa aspek kebersihan, yang berkaitan dengan keselamatan diri dan kesihatan mereka.

Cuba anda perhatikan di mana letaknya telur-telur ayam yang digunakan? Tentunya dalam bekas telur dari kotak yang mengisi 30 butir telur. Tahukah anda sebahagian bekas telur ini dikitar semula, malah digunakan berkali-kali dan terdedah kepada berbagai jenis bakteria dan mikroorganisma.

Tahukah anda kebanyakan telur-telur ini tidak dibasuh sebelum digunakan? Jikapun dibasuh, ia diletak semula di atas bekas telur yang sama. Semua orang tahu telur keluar dari saluran sama dengan saluran najis ayam.

Peniaga kenalah bertanggung jawab, sesudah memegang telur adakah tangan anda dibasuh? Nampaknya tidak, tangan yang sama juga digunakan untuk menebar kulit murtabak dan memegang bahan-bahan lain.

Dari pengetahuan penulis sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO), najis ayam mengandungi E Coli dan Samonella (dari keluarga enterobacteria) yang mana boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pada petugas-petugas kesihatan jalankanlah tugas dengan amanah, penulis tidak pasti adakah peniaga-peniaga makanan ini telah diberi kursus atau taklimat berkenaan kebersihan makanan sebelum sesuatu permit berniaga diluluskan.

HAJI HASAN ALIAS

Pengamal Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Seremban

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...