terima kasih buat kalian semua..

Friday, August 13, 2010

Iklan haram berbaur lucah cacatkan keindahan Kuala Lumpur


PANORAMA di Kuala Lumpur semakin tenat dengan dinding yang ditampal dan dicat dengan pelbagai iklan.

Antara iklan yang kerap dilihat seketika berhenti di simpang lampu isyarat adalah iklan urut, 'ubat kuat', 'tukar tiub' dan pinjaman wang. Yang terbaru, pengiklan sudah berani menampal iklan adult sex toy di persekitaran rumah saya di Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada perniagaan yang dijalankan sah di sisi undang-undang atau ia dijalankan oleh sebuah peniagaan yang berdaftar. Yang jelas, peniaga ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menjadikan dinding awam, tiang elektrik dan harta awam yang lain sebagai mangsa atas nama pemasaran yang tidak beretika.

Usaha kebanyakan majlis bandaran menubuhkan pasukan untuk menurunkan iklan-iklan ini amatlah dipuji. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah bersifat reaktif dan tidak membantu ke arah kesedaran peniaga yang tidak bertanggungjawab. Satu iklan yang turun, pasti ada sepuluh lagi yang bakal naik. Semuanya kerana keterujaan untuk meningkatkan pendapatan peniagaan.

Justeru, saya ingin mencadangkan pengiklan ini diambil tindakan di bawah akta Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme sedia ada.

Dengan menggunakan nombor telefon yang disertakan pada iklan yang terpampang, pihak berkuatkuasa dengan mudah boleh mencari dan mengambil tindakan kepada peniaga tersebut kerana mereka telah merosakkan harta awam.

Bila ada satu atau dua kes terpampang di surat khabar tempatan, sudah pasti ini memberi tamparan kepada peniaga lain untuk tidak melakukan teknik pemasaran sebegitu yang mementingkan diri sendiri, tetapi mengotorkan pandangan bandar kita.

Saya percaya, kes undang-undang dan penghebahan akibat dari melakukan sesuatu perkara adalah teknik yang efektif bagi menukar sikap seseorang atau organisasi itu.

Lihat sahaia bagaimana Singapura tanpa tekanan mengambil tindakan kepada warga asing yang menconteng dinding awamnya. Apa bezanya dengan iklan-iklan ini? Itu adalah vandalisme.

SHAIRIZAL BADZRI

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Good day! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where I could get a captcha plugin for my comment form?
    I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble finding one?

    Thanks a lot!
    Also visit my weblog black friday 2012 deals

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...